SEARCH

Trypophobia Takut Dengan iPhone 11: 6 Perkara Perlu Tahu iPhone 11

Trypophobia Takut Dengan iPhone 11: 6 Perkara Perlu Tahu iPhone 11

Pencinta gajet terutama bagi jenama Apple pasti menantikan detik pengumuman keluaran terbaharu rangkaian produk iPhone 11 ini. Tentunya iPhone paling dinanti ramai. Bertema “by innovation only” seperti biasa saya tidak terlalu teruja dengan ungkapan yang dikeluarkan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak banyak inovasi yang dibuat oleh jenama ini dalam keluaran terbaharu mereka. Ya, ada sedikit perubahan dan kemajuan dari segi teknologi tetapi tidak begitu drastik dan membuatkan pengikut gajet terpaku. Seperti mana mereka melihat jenama lawan yang berlumba-lumba mereka kelainan dalam produk baharu mereka.

Seperti yang dijangkakan, kamera belakang iPhone kali ini dihadirkan dengan banyak kamera dalam kotak empat segi di belakang. Hal ini pasti membuatkan sesiapa yang fobia dengan kelompok corak bulatan (trypophobia) dan mungkin memberi impak negatif kepada penggemar jenama yang mempunyai ketakutan terhadap trypophobia ini.

perlu tahu iPhone 11
Model iPhone 11 Pro Max dengan warna-warna lebih elegan. Hijau malam adalah warna baharu


1. Kemungkinan ini adalah inovasi yang boleh dibanggakan. Rangkaian iPhone 11 dihadirkan dengan skrin paling kuat, kukuh dan tahan dalam sejarah telefon pintar.

2. Tiada yang baharu dari segi kamera kerana masing-masing iPhone 11, 11 Pro & 11 Pro Max dilengkapi kamera 12 megapiksel bersama TrueDepth Camera seperti model sebelum ini.

3. Warna baharu yang membuat saya tertarik ialah Midnight Green yang hanya ada pada model iPhone 11 Pro manakala bagi iPhone 11 terdapat enam pilihan warna iaitu hitam, hijau, kuning, ungu, merah dan putih.

perlu tahu iPhone 11
4. Jangkaan harga iPhone 11 di Malaysia
iPhone 11 (64GB-256GB) – bermula RM3,399 sehingga RM4,099
iPhone 11 Pro (64GB-512GB) – bermula RM4,899 sehingga RM6499
iPhone 11 Pro Max (64GB-512GB) – bermula RM5,299 sehingga RM6,899

perlu tahu iPhone 11
Warna-warna ceria iPhone 11. Ungu dan hijau adalah warna baharu

5. Bateri iPhone 11 mampu bertahan 1 jam lebih berbanding model iPhone XR manakala bateri iPhone 11 Pro mampu bertahan lebih 4 jam berbanding iPhone Xs* dan iPhone 11 Pro Max boleh bertahan selama 5 jam lamanya berbanding iPhone Xs Max* (*kini dihentikan penjualannya).

6. iPhone 11 bakal dijual di Malaysia bermula tanggal 27 September 2019 dan pemproses iOS 13 boleh mula dikemas kini bermula 20 September 2019.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE