SEARCH

Kolaborasi Casio & Pigalle Ciptakan Jam Tangan G-Shock Lebih Trendy

Kolaborasi Casio & Pigalle Ciptakan Jam Tangan G-Shock Lebih Trendy

Casio Malaysia melancarkan dua koleksi jam tangan hasil kolaborasi dengan jenama fesyen terkenal Perancis, Pigalle.

Koleksi yang hanya diperkenalkan melalui nombor dw-5600pgw dan 5600pgb adalah menambahan baru kepada rangkaian G-Shock mula berada diapsaran bermula Disember 2017.

pigalle

Jenama Pigalle dilancarkan pada 2010. Kedai ini dibuka oleh Stephane Ashpool pada 2009 di daerah Pigalle, Paris. Logo kotak yang melambangkan Pigalle menjadi popular, dan jenama itu dibawa oleh butik terpilih yang terkenal di seluruh dunia.

Model Pigalle terkini bertemakan bola keranjang dan terinspirasi daripada itu. Reka bentuknya mencerminkan gabungan gaya jalanan Paris yang halus, dan boleh dipakai ketika acara rasmi mehupun tidak.

pigalle

DW-5600 dipilih sebagai model asas, kerana saiznya yang kompak memudahkan untuk dipakai semasa bermain bola keranjang, dan ia boleh dipakai oleh lelaki dan wanita. Hadir dalam warna putih dan hitam.

pigalle

Untuk model putih, butang sampingan, gancu, dan case belakang menggunakan penyaduran ion emas mawar. Dial ini mempunyai motif gelanggang bola keranjang, dan cermin ditambah efek lebih sinar.

pigalle

Logo melambangkan jenama Pigalle ditunjukkan pada case belakang dan band. Apabila lampu latar diaktifkan, logo yang sama juga muncul di LCD. Didatangkan bersama bingkisan khas, model ini mengekspresikan pandangan dunia kepada kedua-dua jenama hebat.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE