SEARCH

Pizza Hut Perkenal ‘Piza Menyanyi’ Pertama Di Malaysia!

Pizza Hut Perkenal ‘Piza Menyanyi’ Pertama Di Malaysia!

Pizza Hut Malaysia (Pizza Hut) – rangkaian piza No. 1 di Malaysia –  terus menerajui inovasi dengan memperkenalkan cara terbaru untuk menikmati piza, kali ini menerusi The Singing Pizza. Penggemar piza boleh menikmati pengalaman unik ini mulai hari ini hingga bulan Disember.

Berikutan pengalaman terbaru ini menghubungkan dua bahagian budaya Malaysia yang sering diperkatakan iaitu muzik dan makanan, Pizza Hut turut mengambil langkah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia (UMM) bagi menambah suatu pengalaman yang serba baharu buat pelanggan-pelanggannya.

“Kami berasa amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Pizza Hut yang sentiasa mencuba sesuatu yang baru dan inisiatif seperti ‘The Singing Pizza’ ini menjadi contoh yang terbaik untuk itu,” kata Pengarah Urusan UMM Kenny Ong.

Pizza hut The Singing Pizza Fattah Amin

The Singing Pizza’ menjadikan kotak piza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik. Senarai lagu ‘The Singing Pizza’ terdiri daripada 200 buah lagu yang akan dikemas kini selang dua minggu, termasuk lagu-lagu yang sedang sohor kini serta trek-trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan oleh artis-artis di bawah naungan UMM seperti Fattah Amin, Fazura, Alvin Chong, Zaim Ajmal, Shalma dan Aman Ra.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler berkata, ‘The Singing Pizza’ bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengecapi hidup yang lebih bermakna dan penuh semangat. Muzik sebahagian besar dalam budaya rakyat Malaysia. Oleh itu melalui ‘The Singing Pizza’, kami menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik, menjadi satu pengalaman yang serba baharu. Kita perlu mengutamakan budaya berkenaan agar kita dapat menyatukan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia di dalam erti kata yang sebenar.”

The Singing Pizza’ oleh Pizza Hut boleh didapati dalam bentuk:
  • Kotak Piza: Kotak piza berkenaan disertakan dengan satu kod QR istimewa untuk diimbas oleh pelanggan. Seterusnya ia akan memainkan muzik melalui telefon mudah alih setiap kali mereka membuat pesanan.
  • Menu Muzik: Satu kod QR khas istimewa akan diletakkan di restoran Pizza Hut bagi membolehkan pelanggan yang makan di restoran mengimbas dan memainkan senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza di restoran Pizza Hut.

Bagi menghangatkan lagi kempen ini, pelanggan bertuah juga berpeluang untuk menemui Shawn Mendes secara langsung dengan setiap pembelian The Singing Pizza!

Sebarang maklumat lanjut, layari https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE