SEARCH

Pelan Lakaran Laman Tun Razak Exchange Bakal Menghidupkan Kawasan CBD Baharu

Pelan Lakaran Laman Tun Razak Exchange Bakal Menghidupkan Kawasan CBD Baharu

Pemuja bangunan pencakar langit pastinya teruja akan Tun Razak Exchange (TRX) yang bakal dibuka tahun ini. Selain berdiri megah di kawasan Central Business District (CBD) yang baharu, kawasan ini turut diplan dengan teliti agar menyediakan kemudahan terbaik buat orang awam. Kawasan sekeliling TRX dicipta untuk ramah pejalanan kaki, sebab itu ia direka untuk memaksimakan keselesaan serta kemudahan yang ada.

Gambar: Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM)

Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM) ialah organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan landskap profesional yang berkualiti kepada orang ramai. Di samping itu, ILAM bekerjasama dengan kerajaan dan sektor swasta untuk memberi nasihat dan kepakaran dalam pembentukannya garis panduan, inisiatif dan dasar baharu.

Selain menjadikan Kuala Lumpur berwajah baharu, kawasan-kawasan ini bakal meyakinkan lagi pelabur, pelancong dan pekerja dengan sesi perekonomian yang berlangsung dalam negara. Seni landskap amat penting dalam mencipta vibe yang bagus untuk merehatkan minda pekerja juga pejalan kaki.

Pelbagai elemen moden dengan arca-arca menarik bakal diletakkan di beberapa kawasan. Kawasan ini juga diramal akan menjadi lokasi OOTD baharu warga kota juga pelancong. Keseluruhan kawasan ini bakal terealisasi apabila keseluruhan bangunan sekitar TRX siap pada 2024. Tahun ini bangunan TRX akan dilancarkan sekaligus merampas tahta Landmark 81 Vietnam sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara. Kini, hanya Menara Prudential yang siap dibina, akan datang bangunan ibu pejabat HSBC dan Affin Bank sedang giat dibangunkan dan bakal siap pada 2020.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE