SEARCH

Plato Grill & Steak, Membangkitkan Selera Si Penggemar Daging Bak ‘Selera Hartawan’

Plato Grill & Steak, Membangkitkan Selera Si Penggemar Daging Bak ‘Selera Hartawan’

Di pinggir arus keributan kota Kuala Lumpur, menghampiri Jalan Ampang, ada satu restoran yang menjanjikan pengalaman menakjubkan buat si penggemar wagyu. Plato Grill & Steak nama restoran, ibarat sebuah graha daging dan memberi peluang kepada pengunjung-pengunjung untuk memilih bahagian-bahagan tertentu (daging) sebagai menu makanannya!

Sebaik melangkah masuk, asalnya kami ingat Plato Grill & Steak memfokus pada wagyu atau dalam erti kata lain, daging import dari Jepun sahaja – wagyu bermaksud daging Jepun. Namun pabila melihat ia mengutip inspirasi restoran atau steakhouse tradisional New York yang mendasari konsep utama dalamannya, seperti binaan dinding batu-bata dilepa dengan kemas serta bingkai gelas besar sebagai pemisah ruang-ruang utama yang menggamit memori kita pada konsep dining New York… silap perkiraan kami. Dan don’t get us wrong. Plato Grill & Steak tidak hanya menghidangkan daging-daging import dari Jepun sahaja, turut ada termasuklah daging-daging dari Australia dan Amerika. Plato Grill & Steak membariskan baka-baka daging lembu berlainan sebagai opsyen dan oleh itu, tidak hairanlah ambien restorannya seperti ada gabungan estetika.

 

Yang menariknya lagi, terdapat butcher and meat display di bahagian kaunter utama, menjelmakan keunikan Plato Grill & Steak. Umpama butik daging! Hanya jauhari mengenal manikam, Plato Grill & Steak mengupah butcher profesional juga memiliki servis khas, yakni servis mengerat daging dan seperti yang dinyatakan di atas tadi, pengunjung-pengunjung diberi keutamaan untuk memilih bahagian daging yang mereka mahu – boleh menetapkan berapa gram serta ketebalannya.

Plato Grill & Steak tidak merencah daging-daging yang dipilih oleh pengunjung-pengunjung dengan bahan-bahan berlebihan, cukup hanya garam laut dan lada, yang juga diimport khas. Tujuan ia tidak mencampur bahan-bahan berlebihan atau bahan-bahan dalam kadar minimum adalah untuk membangkitkan tunas rasa kualiti dagingnya.

Rangkaian harga hidangan juga berpatutan. Bermula daripada harga RM60 untuk satu hidangan sehinggalah mencecah RM700, pelanggan-pelanggan Plato Grill & Steak terdiri daripada kelompok yuppies serta mereka yang tidak kisah berbelanja lebih untuk menikmati kualiti daging import! Bila ditanya mengapa memilih Jalan Yap Kwan Seng sebagai lokasi restoran, jawabnya, kerana lokasi tersebut adalah melting pot atau wadah tumpuan. Ia strategik, terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur tetapi tidak terlalu sesak, dikelilingi pejabat-pejabat besar serta kediaman seperti hotel, kondominium juga apartmen dan ramai ekspatriat yang bermukim di Malaysia, mendiami kawasan tersebut. Sangat sempurna untuk Plato Grill & Steak.

plato grill & steak kuala lumpur

Japanese Wagyu Tomahawk, speciality Plato Grill & Steak yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada isi daging, malah bahagian tulangnya yang juga ada isi.

Beef Cheese Sukiyaki Roll, pembuka selera yang menjadi kegemaran peribadi kami!

Salad Bowl, menu sihat buat yang health-conscious.

 

Maklumat lanjut atau tempahan meja
PLATO GRILL & STEAK
Alamat: 33, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
Telefon: +603-2181 3231
Buka setiap hari dari jam 12.00pm ke 3.00pm dan 6.00pm ke 11.00pm.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE