SEARCH

Anak Teruna Cindy Crawford, Presley Gerber Memperkenalkan Jam Tangan Omega Orbis

Anak Teruna Cindy Crawford, Presley Gerber Memperkenalkan Jam Tangan Omega Orbis

Baru beberapa hari menyertai keluarga Omega, Presley Gerber memperkenalkan model Omega Speedmaster 38mm Orbis yang pasti membuatkan ibunya bangga dengan pencapaian itu.

Sempena meraikan Hari Penglihatan Sedunia, Omega dengan bangganya memperkenalkan model yang dicipta khas dari koleksi Speedmaster 38mm baru untuk menyokong perkongsian jenama dengan Orbis International.

presley gerber

Omega Speedmaster 38mm Orbis mempunyai case keluli tahan karat dan bezel dengan skala tachymeter pada gelung aluminium biru. Dipeindahkan lagi dengan dial biru dilengkapi juga dengan subdial bujur dan tetingkap tarikh bentuk bujur menegak pada jam 6.

Indeks nombor diwakili anak panah bersalut rhodium. Tali jam pula daripada keluli tahan karat yang dikawal oleh Omega Co-Axial Caliber 3330.

presley gerber

Omega, Orbis & Kerja Amal

Sejak 2011, Omega dan Orbis berkongsi komitmen dalam hal penjagaan mata pada peringkat tertinggi ke beberapa kawasan terpencil di dunia.

Orbis berjaya melaksanakan program di lebih dari 90 negara di seluruh dunia dan bukan saja melakukan berjuta-juta rawatan perubatan dan optik, organisasi ini juga telah berdedikasi untuk melatih golongan profesional baru untuk penjaga mata.

Presley Gerber Dalam Keluarga Omega

Peranan Presley dalam memperkenalkan jam tangan ini tepat pada masanya kerana kerja amal sangat dekat dengan sikap ibunya Cindy Crawford.

Cindy yang telah lama menjadi duta Omega pernah melawat pasukan Orbis International dua tahun lalu di Peru dan melihat perubahan hidup pesakit setelah mendapat bantuan daripada penjagaan kesihatan Orbis.

Pengalaman Cindy pernah didokumentarikan bertajuk ‘The Hospital In The Sky’ di mana menggambarkan Flying Eye Hospital sebagai pesawat yang dapat mencipta keajaiban.

presley gerber

Salah satu cara Omega menyokong Orbis adalah dengan menyediakan teddy bear untuk setiap pesakit muda yang menjalani rawatan. Idea baik itu adalah inspirasi reka bentuk Orbis Teddy Bear yang dicap pada case belakang Speedmaster 38mm Orbis.

Lihat juga pada anak panah petunjuk saat turut terbentuk teddy bear Orbis di hujung jarum berwarna biru muda.

Demi menyokong kerja amal ini, sebahagian penjualan Speedmaster 38mm Orbis diserahkan kepada Orbis International. Dengan membeli jam tangan ini, pelanggan dapat membantu membuat perubahan kepada banyak nyawa di seluruh dunia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE