SEARCH

Adakah Normal Jika Mencapai Puncak Nikmat Syahwat Membuatkan Kamu Menangis?

Adakah Normal Jika Mencapai Puncak Nikmat Syahwat Membuatkan Kamu Menangis?

Kita tahu bahawa orgasma boleh disertai dengan meraung, gementar bahkan terpancut. Tetapi bagaimana dengan menangis? Menangis semasa mencapai puncak nikmat syahwat atau orgasma, kadang-kadang ia dipanggil ‘crymaxing’ boleh mengejutkan jika ia berlaku kepada kamu. Tetapi ia sebenarnya boleh terjadi.


Orgasma yang sering dinikmati anak muda tika bersendirian pasti memberikan kepuasan seksual individu. Tapi adakah normal jika ada individu yang mencapai puncak nikmat syahwat lalu membuatkannya menangis?

Apabila kita orgasma, otak dan badan kita dibanjiri dengan hormon, termasuk lonjakan oxytocin (“hormon berpelukan“) dan dopamin (“hormon bahagia”). Tubuh kita juga mempunyai tindak balas fizikal. Kamu mungkin melihat gegaran atau seperti menggeliat di kaki kamu, dada kamu mengeras, atau peningkatan kadar denyutan jantung kamu menjadi tinggi. Pada dasarnya, orgasma boleh menjadi satu kepuasan dan setiap orang mempunyai reaksi yang berlainan termasuklah menangis.

Satu kajian pada 2017 mengenal pasti pelbagai jenis “fenomena peri-orgasmic,” yang bermaksud “gejala fizikal atau psikologi luar biasa yang dialami oleh sesetengah individu sebagai sebahagian daripada tindak balas orgasma.” Menangis berada di dalam senarai, seperti ketawa, bersin, sakit kepala dan sakit kaki. Penulis menyimpulkan bahawa kajian itu “mengesahkan kewujudan fenomena peri-orgasmic yang pelbagai dan sering direplikasi.” Dengan kata lain, ada banyak variasi bagaimana orang bereaksi terhadap orgasma. Jadi jika kamu tergolong di antaranya, jangan berteriak pula.

Menangis semasa orgasma tidak bermakna kamu berasa sedih. Sebenarnya, ramai orang yang menangis semasa orgasma mengatakan bahawa mereka berasa hebat. Ia sangat biasa bagi seseorang untuk menangis apabila kamu mempunyai orgasma yang luar biasa!

Orang lain mungkin berasa sedih atau tertekan apabila orgasma, terutamanya jika ada faktor yang memburukkan lagi, contohnya jika mereka melakukan hubungan seks dengan bekas cinta atau hanya tertekan disebabkan kerja. Seperti orang yang menangis dalam gembira dan juga disebabkan kesedihan. Ini hanya pelepasan emosi yang berlebihan. Sememangnya, penyelidikan orgasma sering dicirikan dalam kesusasteraan psikologi sebagai penyelidikan tentang emosi.

Sekiranya kamu menangis semasa orgasma, tentu kerana kamu merasa tertekan atau sakit atau mungkin terdapat sesuatu perkara yang kamu tidak gemari berlaku sebagai contoh, orgasma yang menyakitkan tindak balas daripada ubat-ubatan tertentu. Lantas seks kadang-kadang boleh menjadi mimpi ngeri bagi mangsa daripada trauma seksual.

Sekiranya menangis semasa orgasma terasa buruk dan memalukan, kamu disarankan untuk berjumpa dengan pakar terapi bergantung kepada kemudaratan fizikal dan emosi kamu yang berdepan dengannya. Tetapi jika kamu menangis dan berasa baik, maka jangan risau tentang air mata itu. Ia hanyalah salah satu daripada cara tubuh kita bertindak balas terhadap orgasma.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE