SEARCH

6 Pusat Gim Terkini di Sekitar Lembah Klang

6 Pusat Gim Terkini di Sekitar Lembah Klang
Pusat Gim Terkini
Gambar: Flycycle.My

Pusat gim terkini bukan lagi hanya sekadar menyediakan peralatan gimnasium untuk pelanggan beraktiviti mengangkat berat. Ia lebih daripada itu. Saya besarkan carian itu dengan pusat kecergasan yang menawarkan kepelbagaian seperti berbasikal indoor, studio tarian atau yoga atau gimasium biasa yang menawarkan fasiliti lengkap dan cantik. Saya fokuskan gim baru sekitar Lembah Klang terlebih dahulu.

  1. Aloha Cycle Club
    Aloha Cycle Club adalah tempat yang sesuai untuk menikmati setiap rentak lagu dengan berbasikal di bawah bumbung. Kelas berbasikal di sini seperti kekeluargaan bermakna mereka rapat antara satu dengan yang lain juga bersama setiap pesertanya. Saya anggap ia gim kejiranan kerana keluasannya tidaklah begitu besar dan punya jumlah basikal yang agak terhad (20 dalam satu kelas).

Lot K-08B, Ground Floor,
Dorchester Service Apartment,
Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1
Kuala Lumpur, Malaysia 50480
011-1242 8649
alohacycleclub.eventbrite.com

  1. FireStation.fit
    Namanya saja sudah gah. Fire Station Fitness benar-benar mengamalkan latihan yang tegas namun cukup menyeronokkan. Mereka berlari, memanjat, mendaki, memecut dan melepasi halangan untuk sama-sama melakukan yang terbaik dan saling menginspirasi antara satu dengan yang lain. Jurulatih berpengalaman dan diiktiraf di peringkat antarabangsa bakal mengajar kamu di sini.

Shop Lot 6-6A
Batai Village
Jalan Batai
Kuala Lumpur 50490
Telefon: 03 2011 8486
Talian Terus: 03 6206 3737

  1. KOA Fitness
    Untuk wanita sahaja! KOA Fitness mengetengahkan moto “Beauty In Strength”, KOA diambil daripada bahasa Hawaiian yang punya maksud ‘Pahlawan’ atau ‘Berani’. Gim ini menyasarkan keyakinan dan keberanian untuk memberi kuasa pada wanita terutamanya dalam kecergasan. Apa kelainan KOA? Jurulatih turun padang membantu kamu yang dalam kepayahan mencapai latihan atau pose, Coach berdedikasi mencapai misi pelanggannya, hadir dalam kumpulan yang energetik dan riang memberikan mood dalam kelas yang segar dan menggembirakan.

B-G-07,
Gateway Kiaramas
Corporate Suites,
No.1 Jalan Desa Kiara,
Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.

7Pagi – 9Malam
(Isnin – Jumaat)
9Pagi – 3Petang
(Sabtu & Cuti Umum)
Tutup pada hari Ahad

  1. Flycycle.My
    Nama yang sedang meniti dibibir penggiat sukan basikal indoor ini mengamalkan senaman dinamik yang digabungkan untuk seluruh badan selama 45 minit. Lampu neon dan rentak terkini mungkin memberi mood berlainan di kala asyik mengayuh. Latihan berintensiti tinggi direka khas untuk menguatkan badan, teras dan membakar kalori. Lokasi di atas bangunan Verve di Mont Kiara meletakkan hanya satu ruang latihan, dua bilik mandi (lelaki dan perempuan) dan peti simpanan barang. Sudah bersedia? Book a bike now!

VERVE® Shops,
6-1A floor, Jalan Kiara 5,
Mont Kiara, 50480,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Email: [email protected]
Telefon: 03-6206 2082

  1. Level Up Fitness Xpress+ @ Utropolis Glenmarie
    Level Up Fitness Xpress ada cawangan lain di Johor, Terengganu dan Sarawak. Kini terbaru di Glenmarie, mempunyai kawasan yang luas, pemandagan luar tingkap dan peralatan gim lengkap bersama kardio. Sebaik saja kamu mendaftar sebagai ahli, kamu boleh mengakses ke gim setiap kali dan di mana saja. Selagi kamu mempunyai wristband/ kad akses. Menarik lagi gim ini berfungsi selama 24 jam.

Lot UG-D6, Utropolis Marketplace,
Jalan Kontraktor U1/14
Hicom-Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.

https://www.luf24hr.com/utropolis/

LevelUp

  1. Outcast Gym Zelka Sport Centre Puchong
    Outcast Gym yang besar berhadapan dengan LRT dan punya pemandangan luar sepanjang gim. Memang diakui untuk gim dengan peralatan lengkap dan fasiliti yang berbagai, bayaran tahunan Outcast Gym boleh di katakan cukup murah! Threadmills hingga powerlifting set diselia rapi agar jika punya kecacatan, tidak berlaku sebarang kecederaan kepada pengguna. Sebolehnya vibe positif dan mesra pelanggan diutamakan di sini.

Harga keahlian

– Walk-in – RM 8
– Bulanan – RM 99
– 3 Bulan – RM 239
– 6 Bulan – RM 399
– Tahunan – RM 599
Waktu Operasi: 10.00am – 12.00am (Isnin – Ahad)

https://www.facebook.com/ZelkaSportsCentre/

Gambar: Zelka Sport Centre
Gambar: Zelka Sport Centre

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE