SEARCH

Tanda Persahabatan Abadi Melalui Jam Tangan Red Army Watch. Hadiahkan Jam Mengikut Karakter Teman Kamu

Tanda Persahabatan Abadi Melalui Jam Tangan Red Army Watch. Hadiahkan Jam Mengikut Karakter Teman Kamu

Persahabatan adalah salah satu hubungan paling istimewa dalam kehidupan kita. Persahabatan sejati saat suka dan sokongan dalam masa sukar adalah satu yang harus dihargai. Apa tanda ingatan kamu terhadap sahabat selain memori indah bersama? Masih belum terlambat untuk memberikan kawan kamu secebis tanda ingatan bersempena bulan ‘Friendship Day’ ini. Red Army Watch menyediakan berbagai model jam tangan terbaik dikeluarkan khas bersempena hari persahabatan.

Jam Tangan Red Army Watch Yang Mana Mengikut Karakter Teman Kamu?

red army

TACS Day and Night

Pemberian ini terbaik buat mentor dalam hidup kamu. Teman yang banyak memberi inspirasi untuk menjadi insan terbaik namun masih menghargai kualiti yang ada pada kamu berdua. Day and Night menggunakan pergerakan Ronda 24 hour dan hanya menunjukkan pada jam sahaja. Jam tangan ini seakan bergerak perlahan kerana ia sesuai untuk teman yang kamu cintai untuk melambatkan dan menikmati detik-detik istimewa hidup.

red army

REC 1 M2

Jam ini pula sesuai buat kawan lelaki yang mempunyai daya intelektual tinggi. REC 1 M2 diilhamkan daripada papan pemuka elips klasik Mark I & II. Dial jam tangan ini dibuat secara langsung dari bahagian kereta ikonik. Dengan terciptanya dashboard di tengah, dikhabarkana dapat membantu pemandu mengawasi jalan semasa perlumbaan rally berlangsung.

red army

Poljot International Jubilee

Sama ada mahu mengakui ataupun tidak, kita semua memerlukan teman yang tidak teragak-agak mencapai apa yang kita inginkan dan lakukan bersama. Poljot International Jubilee meraikan tradisi jam tangan ini ke-25 tahun. Ketukangan dan dedikasi sempurna untuk rakan yang telah bertungkus-lumus mengabdikan persahabatan kalian. Jam tangan ini sesuai buat lelaki dan wanita. Dial mempamerkan ukiran jambatan yang penuh perincian. Terpatri Kristal Swarovski pada kedudukan jam 12 dan 4.

red army

Sturmanskie Stingray

Jam ini menggambarkan teman yang gemarkan pengembaraan dan tak takut akan cabaran. Jam tangan ini seakan cebisan bersejarah jam tangan Soviet. Jam tangan untuk menyelam kini semakin banyak permintaan di pasaran massa. Ciri-ciri khas stingray adalah kawalan crown dan topi skru pelindung yang besar membentuk rekaan yang tidak konvensional buat kawan yang perangainya pelik.

red army

Heritage 36

Jam ini khas buat wanita. Ia sempurna untuk sahabat setia yang tahu segala hal tentang kamu. Tentang rahsia, cinta dan peribadi. Corniche Women Heritage 36 bukan saja memaparkan gambaran klasik pada jam tangan, mahal ia menggabungkan butiran klasik dengan case emas kuning dan kontra warna hitam pada tali kulit.

Samada kamu ada sahabat yang intelektual, gila-gila, teman setia atau apa saja dalam hidup. Friendship Day adalah masa terbaik untuk menyatakan penghargaan kamu terhadap sahabat melalui jam tangan.

Semua lima-lima jam tangan ini boleh didapati di Red Army Watches (Tropicana City Mall, 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Kuala Lumur, Plaza Gurney dan mo.men.tum – Gateawaymall @ KLIA2) atau klik di sini untuk keterangan lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE