SEARCH

4 Bandar Eropah Dengan Restoran Halal Terbaik

4 Bandar Eropah Dengan Restoran Halal Terbaik

Masyarakat Muslim memang gemar melancong ke luar negara bagi merasai sendiri pengalaman budaya baharu serta meneroka bandar-bandar yang belum pernah dikunjungi sebelum ini. Ternyata, salah satu aspek yang terpenting bagi masyarakat Muslim adalah mengetahui adanya pilihan makanan halal di negara yang bakal dilawati, terutamanya bagi mereka yang melancong bersama keluarga. Agoda, salah satu platform percutian digital, berkongsi maklumat serta inspirasi berkenaan bandar-bandar di dunia yang menawarkan pelbagai restoran halal terbaik dan aktiviti yang boleh dinikmati di sana.

Pie Republic

 

Stax Diner

 

  1. London, England
    Bermula dengan “When I was in London …” dan kemudian banyak cerita inspirasi dan bermegah-megah keluar dari seorang teman. Tapi yang membuatkan dia di level sama dengan semua orang Malaysia ialah dari segi pilihan makanannya. Baik mencari sos cili, sambal belacan, nasi dan paling penting daging halal. Tidak susah mencari makanan halal di kota ini. Dengan populasi penganut Islam lebih daripada satu juta, kota London juga kota paling mesra Islam di Eropah. Makanan halal dari pelbagai negara Muslim di dunia boleh didapati di sini seperti makanan dari Pakistan, India, Arab and Afrika. Pilihan makanan halal di sini termasuk Liman Restaurant yang memang terkenal dengan makanan Arabnya, Stax Diner di Jalan Carnaby yang menawarkan makanan ala-Amerika seperti burger dan wafel halal, serta Pie Republic yang menyediakan pai British halal.

Nikmati percutian di kota London sepenuhnya  dengan menyertai London by night bus tour selama 90 minit dan melihat panorama kota dari atap bas.

Turkis Oriental Food

 

Daily Imbiss

 

  1. Vienna, Austria

Vienna, ibu kota Austria dan bandar terbesar di negara ini kaya dengan legasi muzik klasiknya yang berusia ratusan tahun. Kota Vienna menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan serta aktiviti untuk seisi keluarga. Banyak taman-taman yang cantik, zoo tertua di dunia, tempat membeli belah yang hebat, konsert-konsert klasik, masjid-masjid yang indah serta pilihan makanan halal yang menyelerakan dari santapan kasual sehingga ke mewah. Pertimbangkan untuk menjamu selera di Turkis Oriental Food dan Daily Imbiss dalam restoran halal yang harus dikunjungi di dalam jadual percutian kamu seisi keluarga.

  1. Rom, Itali

Rom adalah kota yang kaya dengan artifak kuno serta monumen bersejarah yang berabad lamanya yang perlu dilawati sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Dari Colosseum yang mengagumkan sehingga ke Forum Roman, dan dari Air Pancut Trevi sehingga ke Muzium Vatikan, saksikanlah seni bina dan kesenian yang menakjubkan di setiap tempat. Rom juga terkenal dengan pelbagai restoran halal serta kudapan yang menyelerakan seperti gelato (aiskrim) Itali yang terkenal. Singgahlah di kedai gelato halal yang berasaskan ramuan semula jadi, Frigidarium untuk menikmati pelbagai jenis perisa yang ditawarkan di sana.

  1. Paris, Perancis

Kota Paris yang terkenal dengan mercu tanda Eiffel Tower adalah lokasi terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan, memandangkan banyak benda menarik yang boleh dilihat, dinikmati dan dimakan di sini. Paris mempunyai komuniti Islam yang sudah lama menetap di sana. Maka, tidak hairan ia mempunyai lebih daripada 100 restoran halal yang menawarkan dari santapan mewah sehingga ke makanan bawa pulang. Dua restoran halal yang harus dikunjungi adalah Kashmir Houseyang menyajikan masakan Pakistan yang lazat dan kepada penggemar menu Turki bolehlah cuba Sizin.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE