SEARCH

Jacquemus Mereka Bentuk Dalaman Restoran Oursin Dalam ‘Persalinan’ Musim Panas

Jacquemus Mereka Bentuk Dalaman Restoran Oursin Dalam ‘Persalinan’ Musim Panas

Dinding putih dibalas dengan seramik berwarna-warni dan didiami oleh deretan perabot rotan membantu menceritakan kisah-kisah musim panas di dalam restoran Oursin yang direka oleh pereka fesyen terkenal asal Paris, Simon Porte Jacquemus.

Simon Porte Jacquemus

Simon Porte Jacquemus dengan bantuan catering daripada Caviar Kaspia Group mencetuskan idea untuk Oursin sambil menyorot keindahan musim panas yang kekal di rumah putih di sepanjang pantai Mediterranean itu.

Restoran ini terletak di tingkat dua gedung Galeries Lafayette yang direka khas di Champs-Élysées, jalan utama di Paris yang dipenuhi dengan butik-butik dan restoran mewah. Ia ruang makan kedua yang direka oleh Jacquemus, di tingkat pertama adalah sebuah ruang kasual yang ditata dengan pot terracotta dan pokok lemon.

Titik tumpuan Oursin ialah dinding belakangnya, yang diselingi dengan serangkaian alcoves melengkung dan segi empat tepat. Pelbagai pasu seramik berbentuk organik dipaparkan di dalam, beberapa di antaranya mempunyai corak yang berwarna-warni atau permukaan yang berwarna-warni. Hidangannya pula dalam piring unik yang dibuat oleh tukang-tukang kraftangan di Greece.

Walaupun ruang itu dipantul dengan kecerahan dinding bersalut kapur, terdapat juga satu tingkap luas yang mempunyai cahaya semula jadi tambahan dari luar dan menyediakan pemandangan jalan-jalan Paris yang sibuk di bawah.

Tumbuhan pokok gnarled yang mempunyai ranting seakan akar liar diletakkan di tengah-tengah ruang, daunnya berliku-liku di atas siling dan melingkar di atas mencetus kolaborasi alam dalam ruang.

Jacquemus telah menubuhkan label yang menggunakan namanya pada 2011 dan sejak itu menjadi popular di kalangan orang-orang fesyen kerana siluet ringkas dan mencipta beg bersaiz mikro.

Penthouse rekaan Roksanda Ilincic

Dia bukan satu-satunya pereka fesyen yang melancarkan khidmat reka bentuk dalaman. Awal tahun ini, Roksanda Ilincic mendiami sebuah penthouse di Gasholders di King’s Cross, memecah ruang dalam nada berry dan perhiasan kreatif kegemarannya.

Bella Freud mencipta ruang retro

Tahun lalu, pereka fesyen British, Bella Freud juga memberikan idea susun atur retro ke sebuah apartmen yang terletak di dalam Pusat Televisyen BBC, lengkap dengan perabot berlapis dan permaidani berwarna-warni.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE