SEARCH

15 Pojok Menarik di Butik Deko Terbaik Ibu Kota Milik Rizalman Ibrahim, Rimaison

15 Pojok Menarik di Butik Deko Terbaik Ibu Kota Milik Rizalman Ibrahim, Rimaison

Biarpun telah dibuka sejak Mei lalu, namun baru ini saya bekesempatan menulis tentang butik dekorasi milik Pengarah Kreatif dan pemilik jenama Rizalman Ibrahim – Ri Maison. Ya ini hanyalah satu lagi outlet kreatif yang diilhamkan Rizalman berdasarkan minatnya sendiri dalam bidang hiasan dalaman. Lewat beberapa tahun kebelakangan ini sememangnya Rizalman sudah pun mula memberi khidmat konsultan sebagai pereka hias dalaman antaranya kepada sosialit-sosialit ibu kota seperti Marion Caunter, Aniza Adnan dan Zaireen Azman. Ini mungkin juga bermula daripada minatnya menghias kediaman sendiri hinggalah kepada butiknya di Jalan Padang Walter Grenier.

Jadi amat semula jadi untuk Rizalman membuka butik dekorasi Ri Maison ini sebagai cara berkongsi minat dan falsafah rekaan dalamannya dengan peminat-peminatnya yang berjuta itu. Hari ini selain memiliki helaian rekaan Rizalman, pencinta-pencintanya bisa memiliki barangan dekorasi rumah yang dipilih sendiri dan ada sesetengahnya direka sendiri oleh Rizalman.

Terletak bersebelahan sahaja dengan butiknya di Jalan Padang Walter Grenier, Ri Maison menawarkan ilham-ilham dekorasi yang tidak pernah lagi saya tengok ada di ibu kota. Pertama-tama sekali ialah atur letak barang-barang dalam butik ini yang sengaja dibiarkan messy dan bercampur-baur namun masih diberi pemikiran mendalam oleh Rizalman sendiri. Ini perkara pertama yang saya perasan ketika menjejak kaki ke dalam butik ini. Dan biarpun messy, keseluruhan atur letak masih bisa mengalirkan ilham dalam minda kita yang memandang. Beberapa ruang dikhususkan menjadi ruang tamu, ada juga katil bersama meja sisi untuk idea kamar tidur dan banyak pula barang-barang dekorasi yang diletak-letak di merata-rata sudut untuk menjadi pilihan pelanggan. Tiada satu tema khusus sebenarnya dalam butik ini, mungkin sengaja dilaksanakan sedemikian demi memberi ilham yang pelbagai buat pelanggan.

“Ya saya yang menyusun sendiri atur letak dalam butik ini,” ujar Rizalman setelah ditanya tentang susun atur butik. “Kebanyakan barang-barang dalam butik ini adalah daripada penemuan saya di destinasi-destinasi kembara saya. Sesetengahnya dari Paris, ada juga dari London dan Marakesh malah ada juga dari China. Semuanya barang-barang yang saya suka dan fikirkan elok diperkenalkan pada pencinta-pencinta dekorasi di sini.”

Rizalman juga menjual lilin-lilin pewangi ruang yang diciptanya sendiri (pada harga RM226) selain daripada penyembur udara (pada harga RM150 sebotol). Kedua-dua produk ini punya namanya sendiri diformulasikan sejak dua tahun lalu di Paris. Ada rasa Manhattan loft dan juga flea market di Paris ketika berada dalam butik ini. “Ri Maison saya ilhamkan bukan sahaja untuk memenuhi kehendak pencinta-pencinta saya dan dekorasi. Ia juga saya rekakan agar menjadi pusat rujukan dan carian untuk konsultan-konsultan hiasan dalaman ibu kota yang mendambakan satu butik dekorasi yang boleh mereka kunjungi dan dialiri inspirasi,” kata Rizalman lagi ketika saya berbual dengannya tentang butik dekorasi ini. Rizalman juga bersedia memberi khidmat konsultansi dan perkhidmatan produk bespoke di Ri Maison.

Saya memberi peluang kamu melihat sendiri keasyikan yang saya sendiri rasai ketika berada dalam Ri Maison – melalui 15 pojok menarik di Ri Maison. Semoga kamu juga dialiri idea dan mendapat ilham yang cantik-cantik sahaja. Jom ke Ri Maison?

pojokmenarikrimaison1_stailmy
Salah satu ruang tamu di dalam butik Ri Maison dihias dengan sofa dan armchair bercampur-campur mencipta ruang yang cukup eklektik
pojokmenarikrimaison2_stailmy
Meja konsul dihias dengan bingkai-bingkai gambar
pojokmenarikrimaison3_stailmy
Inilah lilin-lilin wangi yang diformulasikan sendiri oleh Rizalman dari Paris. Ada enam aroma buat masa ini
pojokmenarikrimaison4_stailmy
Antara chandelier-chandelier yang bergantungan di sini
pojokmenarikrimaison5_stailmy
Ruangan oriental ini dipenuhi dengan pasu-pasu porselin dan arm chair motif serupa.
pojokmenarikrimaison6_stailmy
Kerusi tinggi dan perhiasan meja juga ampai tuala moden
pojokmenarikrimaison7_stailmy
Ajnas pilihan lampu meja
pojokmenarikrimaison8_stailmy
Set pinggan mangkuk berunsur Inggeris
pojokmenarikrimaison10_stailmy
Armchair, permaidani dan pembahagi ruang ini turut tersedia
pojokmenarikrimaison11_stailmy
Sabun ini juga sebahagian daripada wangian yang dijual
pojokmenarikrimaison12_stailmy
Penyembur udara berharga RM150 sebotol
pojokmenarikrimaison13_stailmy
Lagi lampu meja dan candelier-candelier yang ada di sini
pojokmenarikrimaison14_stailmy
Skarf Christian Lacroix vintaj yang dibingkaikan
pojokmenarikrimaison15_stailmy
Kusyen-kusyen pelbagai cetakan untuk memecahkan monoton ruang
pojokmenarikrimaison16_stailmy
Cermin dan chest of drawers sebagai penghias sisi katil

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE