SEARCH

Rolls Royce Phantom Baru Bagaikan Rumah Agam Bergerak Merajai Jalan Raya

Rolls Royce Phantom Baru Bagaikan Rumah Agam Bergerak Merajai Jalan Raya

Dari saat Sir Henry Royce memperkenalkan Rolls-Royce pada 1925, kenderaan ini dinilai sebagai ‘Kereta Terbaik Dunia’ oleh pakar. Hasilnya, kenderaan ini menjadi sumber pengangkutan utama beberapa golongan paling berpengaruh dan berkuasa di dunia ke detik-detik bersejarah sejak 92 tahun yang lalu hingga hari ini. Dengan ketibaan Rolls Royce Phantom generasi kelapan ini, tanda aras baru telah ditetapkan.

Mempunyai interpretasi rekaan kontemporari berdasarkan DNA Phantom serta teknologi yang canggih. Tambahan lagi, Rolls-Royce merevolusikan industri kereta mewah dengan beralih dari platform status quo kepada model bisnes mewah terkini.

rolls royce phantom

“Pengenalan Rolls-Royce baru secara global sentiasa menjadi detik yang istimewa kepada BMW Group. Peristiwa ini istimewa kerana kami memperkenalkan Phantom yang baru, produk utama jenama Rolls-Royce dan produk mewah terunggul di dunia. New Phantom memberi penyataan yang berkuasa dari segi rekaan, kejuruteraan dan kepakaran Bespoke dan saya amat gembira dengan sambutan yang kami terima daripada pelanggan elit di seluruh dunia. BMW Group komited pada masa depan Rolls-Royce Motor Cars dan berbangga dengan pelbagai pencapaiannya sejak pemerolehan jenama ini.” Peter Schwarzenbauer, Pengerusi Rolls-Royce dan Ahli Lembaga Kumpulan BMW

rolls royce phantom
Asas Rolls-Royce Phantom – Ciptaan Semula V12 Yang Menakjubkan

Pada asas setiap Rolls-Royce zaman moden adanya kuasa sebuah enjin V12. Selain Architecture of Luxury, New Phantom juga mendapat manfaat daripada enjin serba baru.

Dalam usaha untuk mencipta kereta paling senyap di dunia, ini bermakna lebih banyak output bawahan (low-end) pada putaran yang lebih rendah untuk memastikan kesenyapan. Oleh itu, powertrain V12 6.75 liter yang serba baru direka bentuk untuk New Phantom sebagai pengganti enjin V12 terdahulu.

Enjin Phantom V12 baru menggunakan dua pengecas turbo yang menyumbang kepada 900Nm output tork bawahan pada tahap putaran serendah 1,700rpm di samping membekalkan kuasa sebanyak 563bhp atau 420kW, menghasilkan ketenangan pada kelajuan rendah dan juga mampu memberikan lonjakan kuasa apabila ditekan. Penambahan Transmisi Bantuan Satelit (SAT), yang digabungkan dengan kotak gear ZF Kelajuan-8 juga memastikan pemandu sentiasa bersedia di atas jalan.

New Phantom terus mengorak langkah ke hadapan menuju industri mewah global.

rolls royce phantom

rolls royce phantom

Ciri-ciri terkini Rolls-Royce Phantom Baru ;

– Interpretasi rekaan kontemporari baharu berdasarkan DNA Rolls-Royce Phantom

Aluminium ‘Architecture of Luxury’ yang serba baru, menyangga (underpin) kenderaan New Phantom memastikan binaan dan keseimbangan Rolls-Royce sambil memberikan pengalaman pemanduan ‘Magic Carpet Ride’ yang jauh lebih lancar kerana ringan, kuat, senyap dan canggih.

‘The Embrace’ meningkatkan rasa kepentingan setiap perjalanan dan keselesaan di dalam New Phantom. Selepas memasuki kereta, pembantu ataupun valet hanya perlu melangkah hadapan lalu secara ringannya menyentuh sensor di pemegang pintu. Pintu akan ditutup sendiri secara senyap dan lancar sambil menyelubungi penumpang di dalam ‘The Embrace’.

‘The Suite’ mentafsir semula keselesaan dan kecantikan dalaman Rolls-Royce – yang telah pun menjadi tanda aras (benchmark) kepada kenderaan yang lain.

– ‘The Gallery’ konsep kemewahan baru yang tidak pernah diperkenalkan dahulu. Menafsir semula papan pemuka kenderaan untuk kali pertama dalam 100 tahun, pemilik dapat menghasilkan rekaan tersendiri yang memuatkan ruang yang ada pada The Gallery di dalam New Phantom mereka.

– Enjin V12 dwi-turbo 6.75 liter yang serba baru adalah rahsia tersembunyi sumber kuasa New Phantom.

– New Phantom buah tangan Rolls-Royce yang paling canggih setakat ini.

rolls royce phantom

rolls royce phantom

rolls royce phantom

rolls royce phantom

rolls royce phantom

rolls royce phantom

rolls royce phantom

rolls royce phantom

rolls royce phantom

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE