SEARCH

Rosa Malacca: Hotel Ala New York Tapi Murah Lengkapi Jelajah #InSTAILgramWorthy 2018

Rosa Malacca: Hotel Ala New York Tapi Murah Lengkapi Jelajah #InSTAILgramWorthy 2018

Seperti mana tahun lalu, tim STAIL.MY mengembara ke satu kawasan tanah air untuk mengeksplorasi lokasi menarik dan terbaru InSTAILgramWorthy, kali ini kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Dengan menggunakan khidmat kereta sewa Thrifty, kami dapat berjalan ke mana saja lokasi yang kami mahu dengan harga sewaan semurah RM55 per hari! Ikuti jelajah kami ke lokasi penginapan pertama di Rosa Malacca

 

Feeling nya hotel ni? Walaupun hanya pernah melihat sisi kota New York melalui wayang gambar, tapi itulah mood yang berjaya dibawa oleh pereka hiasa dalaman Hotel Rosa Malacca. Setiap sudut sememangnya layak dijadikan tabir foto Instagram. 

 Rosa Malacca

ROSA MALACCA, terletak di pusat bandar Melaka, tidak terlalu padat dan mudah untuk parkir kereta. Ia menyediakan akses kepada semua tempat menarik tempatan. Boleh dianggap sebagai ruang perindustrian kontemporari, ia melengkapkan penginapan gaya hidup gaya moden di mana ketenangan adalah keutamaan selama menginap di sini. Interior mempunyai pengaruh senibina Barat dengan hiasan industri minimalis dengan simen mentah dan kemasan bata merah, lantai kayu kilang, kemasan bricks, kerja salur paip yang kelihatan. Tidak dilupakan bilik mandi yang serba lengkap dan bilik-bilik yang luas dengan semua kemudahan moden.

Rosa Malacca

 
Kemudahan Di Rosa Malacca


Hotel ini adalah ‘rumah’ kepada Bica & Co Café and Courtyard di mana menghidangkan menu Eropah dan makanan sihat. Bica & Co Deli Café dibuka tiap hari bermula 7 pagi hingga 11 malam manakala Bica & Co Courtyard bermula minum petang 3 petang hingga 10 malam. Selain tempat makan di dalam bangunan, kamu boleh menggunakan khidmat penyambut tetamu untuk membuat tempahan di lokasi hangat restoran dan tempahan pemandu Grab. Antara kemudahan lain adalah Wi-Fi percuma di seluruh lingkungan hotel, Servis Laundry, Gimnasium, Pilllow Menu, Daily Housekeeping & Turndown Service, Business Centre Services dan banyak lagi. 

Rosa Malacca

Rosa Malacca
Bica & Co Courtyard

 

rosa malacca
Bica & Co Deli Café

 

rosa malacca
Bica & Co Deli Café

 

Terdapat 60 bilik tetamu dan suites dengan rekaan dalaman internasional merangkumi 8 Deluxe Twins, 37 Deluxe King, 10 Premier King dan 5 Family Suites. Ruang bilik di Rosa Malacca dibina cukup teratur dari segi pengudaraan, susun atur, luas, selesa dan servis yang bagus. Semua bilik mempunyai saiz berbeza dan rekaannya mengikut peredaran zaman dan kehendak pengunjung.

rosa malacca
Deluxe King

 

rosa malacca
Premier King

 

rosa malacca
Family Suite

 Harga penginapan di Rosa Malacca mengikut hari dan bilik. Harga serendah RM200++ hingga RM750 semalam mengikut pilihan bilik dan hari.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE