SEARCH

Trend STAIL Untuk Jadikan Rumah Nampak Terkini & Berkelas

Trend STAIL Untuk Jadikan Rumah Nampak Terkini & Berkelas

Siapa saja tidak mahukan kediaman yang selesa apatah lagi nampak mewah mengikut kemampuan. Pemilihan warna dinding tentu menjadi tunggak utama sebelum menghiasi ruang. Begitu juga perabot serta aksesori lainnya seperti corak pada bantal, sofa serta lantai. Saya senaraikan beberapa trend STAIL untuk jadikan rumah nampak terkini dan elegan menerusi beberapa tip pemilihan perabot daripada King Living ini.

Rumah Nampak Terkini
Seleksi kulit King Living

Tona Warna

Warna yang mewah menjadi pilihan tahun ini, antara yang menonjol saya sarankan warna hijau. Kepelbagaian tona hijau boleh digunakan pada sofa terutamanya hijau tua dan gelap. Dengan sarung yang mudah ditukar ganti oleh King Living, kamu boleh menyesuaikan sofa atau kerusi berlengan untuk mengekalkannya dalam trend, dan pilih daripada pelbagai fabrik dan kulit terutamanya dengan fabrik Koleksi King Living Italian terbaharu yang menawarkan warna yang lebih tebal seperti merah, biru, hijau dan coklat.

Rumah Nampak Terkini
Zaza

Bagi mereka yang lebih suka sarung kulit, rangkaian kulit NU-Touch baharu hadir dalam warna-warna yang indah seperti warna coklat hangat, kelabu asap dan hijau Eucalyptus yang unik.

Rumah Nampak Terkini
Zaza dalam warna merah jambu lembut dengan fabrik Manhattan

 

Rumah Nampak Terkini
Kanan Hijau Seymour

 

Warna merah jambu lembut ataupun Living Coral juga adalah warna trend tahun ini, tersedia dalam fabrik Manhattan. Boleh disesuaikan mengikut mode rumah kamu.

Perabot Melengkung

Kembali ke era 60an dan 70an, sofa melengkung tidak bercorak ini menjadi highlight pada tahun-tahun sebelum ini. Namun, perabot melengkung ini dijangka membawa sedikit sensual jika diletakkan di ruang-ruang tertentu.

Rumah Nampak Terkini
King Boulevard Armchair

 

Rumah Nampak Terkini
King Boulevard Sofa

 

The King Living Boulevard Armchair merangkumi reka bentuk lengkung kontemporari yang sesuai diletak di mana-mana bilik serta memenuhi keperluan. Kerusi ini ‘menjemput’ siapa saja untuk menikmati keselesaan berehat dan kamu dapat rasakan ia seperti memeluk.

Putih + Ratio

The Nick Leary Art Collection sedikit sebanyak membantu ruang putih 90 peratus dan 10 peratus warna pada ruang kediaman dengan koleksi seninya. Pereka imej, Nick Leary bekerjasama dengan King Living awal tahun ini untuk mencipta siri seni rupa yang menarik yang mengetengahkan perjalanan keusahawanan kisah King Living.

Rumah Nampak Terkini

Diilhamkan oleh sejarah inovasi dan ketukangan seni Leary, kesatuan itu berjaya mencipta kepingan-kepingan yang stailish dan elegan yang dikeluarkan dalam siri bernombor eksklusif. Ia menambah sentuhan seni ke mana-mana rumah, setiap siri mempunyai salah satu prinsip pengasas di mana King Living dilahirkan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE