SEARCH

Bunyian Gempita Di Rumah Dengan Samsung Panoramic Soundbar HW-N650

Bunyian Gempita Di Rumah Dengan Samsung Panoramic Soundbar HW-N650

Bunyi bersangkutan dengan rasa. Lebih megah bunyi lebih dalam penghayatan boleh dihanyutkan. Kepuasan menonton filem dan bermain game di rumah lebih menarik dengan Samsung Panoramic Soundbar HW-N650. Diuji di California Audio Lab, di mana jurutera audio menggunakan teknologi akustik yang paling canggih dan pemodelan komputer canggih untuk memberi kamu bunyi yang sempurna, untuk mengisi seluruh ruang bilik.

Menghidupkan lebih aksi dengan Samsung Panoramic Soundbar HW-N650

Samsung Soundbar mengisi setiap sudut bilik kami dengan bunyi dinamik yang kaya dan benar-benar mengubah mood rumah kamu hingga membuat hiburan menjadi hidup.

Alami pengalaman bunyi pada kandungan UHD, UHD Blu-ray Disk Player dan Soundbar adalah kombinasi sempurna untuk bunyian muzik. Dengan 4K Pass-Through, Kandungan hiburan 4K boleh bermain dengan lancar melalui tambahan bunyi surround.

Menarik lagi, subwoofer dihadirkan tanpa wayar, maka kotak bass kamu bebas daripada wayar berselirat tanpa menjejaskan bunyi bass yang dalam dan berkuasa. Selain itu ia juga tersambung dengan TV melalui Bluetooth dengan mudah dan pantas. Usah risau jika kamu seorang yang klasik, alat kawalan jauh Samsung One Remote Control juga disediakan.

Bagi pengguna Android, kamu boleh memuat turun aplikasi Samsung Ausio Remote dan sambungkannya dengan Bluetooth ke Soundbar untuk sambungan muzik dalam telefon pintar.

Harga RM2,451
Kuasa 360W
Dimensi 1,167 X 481
Berat 13.8 KG

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE