SEARCH

Samsung Premium Experience Mendekatkan Pengguna Dengan Produk Terkini Jenama Itu Di Pavilion Kuala Lumpur

Samsung Premium Experience Mendekatkan Pengguna Dengan Produk Terkini Jenama Itu Di Pavilion Kuala Lumpur

Samsung Malaysia Electronics memberikan peminat Samsung di segitiga emas Kuala Lumpur pengalaman sepenuhnya ekosistem Galaxy dengan pembukaan rasmi Samsung Premium Experience Store di Pavilion Kuala Lumpur.

Samsung Premium Experience
Steve Lee (tiga dari kanan) menyampaikan cendera hati kepada Lee Foo Hock (empat dari kanan)

Pelancaran kedai Samsung Premium Experience terbaru di Pavilion KL adalah bukti sokongan peminat kepada jenama ini. Kami berbesar hati membuka pintu secara rasmi untuk satu lagi Kedai Samsung Premium Experience, dan kami yakin bahawa pelancong, pembeli, peminat Samsung dan peminat teknologi akan melangkah ke kedai ini dan berpengalaman mendalami teknologi termaju yang ada pada produk-produk kami.” Yoonsoo. Kim, Presiden, Samsung Malaysia Electronics.

Kedai Fizikal Samsung Malaysia Electronics

Kedai Samsung Malaysia Electronics dibina di atas keluasan 4,241 kaki persegi. Ia menawarkan rangkaian penuh telefon pintar Samsung, tablet, wearables dan aksesori yang membentuk ekosistem Galaxy. Di samping itu, kedai itu juga akan menerima pelanggan dan peranti Samsung mereka untuk diperibadikan, oleh itu gunakan peluang terbaik ini sebaik mungkin.

Ruang-Ruang Khas

Samsung Premium Experience

Samsung Premium Experience
Ruang VR yang boleh pelanggan rasai pengalamannya

 

Selain menawarkan perkhidmatan dan produk melalui jualan, pengunjung akan dapat mengalami ekosistem Galaxy menerusi pelbagai zon pengalaman yang dibentuk di dalam kawasan terbuka kedai. Sebagai contoh, stesen Realiti Maya (VR) menggabungkan produk VR terkini dan paling inovatif Samsung, Gear VR, peranti paparan besar dan maju terbaru, Galaxy Note8, untuk mereka yang gemarkan peranti hiburan yang boleh dibawa ke mana saja. Terdapat juga ruang kafe khas buat pelanggan dan customer service.

Tawaran Istimewa Sempena Pembukaan Kedai Di Pavilion KL
Samsung Premium Experience

Sempena meraikan pembukaan rasmi, Samsung mengadakan beberapa promosi hanya di kedai Samsung Premium Experience Pavilion KL. Bermula kelmarin hingga 18 Februari 2018, pelanggan yang membeli telefon pintar (Galaxy Note8, FE, S8 dan S8+) bakal menerima hadiah percuma berjumlah RM347. Antara hadiahnya ialah pelindung skrin bernilai RM99, fon kepala Bluetooth bernilai RM99 dan Smart Care Screen Protection Plan bernilai RM149.

Lihat laman web rasmi untuk banyak promosi lain yang ditawarkan sempena pembukaan ini.

Samsung Malaysia Electronics Beritempat di;

Lot 1.19.00, Level 1, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE