SEARCH

Sejarah Warisan Omega & SevenFriday Diangkat Pada Koleksi Jam Tangan Seamaster Edizione Venezia & S2/01

Sejarah Warisan Omega & SevenFriday Diangkat Pada Koleksi Jam Tangan Seamaster Edizione Venezia & S2/01

Sejarah warisan pada jam tangan memberi inspirasi kepada dua-dua jenama hebat ini. Omega mengangkat sejarah tempat yang dikaitkan dengan kaitan jam tangan model Seamaster pertamanya manakala SevenFriday menjulang revolusi jam tangan ikonik yang dicipta abad lepas. Dua jam ini tentunya dicipta khas seakan mengembalikan nostalgia lama ke permodenan teknologi terkini.

Revolusi Mekanikal SevenFriday

SevenFriday S2/01 memberi penghormatan kepada satu ikon di abad ke 20, satu jam tangan trilogi yang diilhamkan oleh revolusi pengindustrial ia disebut S-Series baru. S2/01 memberi peluang kepada pencinta jam tangan untuk lebih dekat ke hati mereka melalui apa yang dipakai mereka di pergelangan tangan.

“Saya suka penafsiran semula S-Series yang berdasarkan revolusi perindustrian ini. Gabungan bentuk segi empat persegi moden menjadi signature SevenFriday dengan usur-unsur vintaj yang jelas mendedahkan dikotomi reka bentuk juga individu yang memakainya. Seorang yang terperinci dalam pemikiran dengan berfikiran terbuka.” – Dan Niederer, Pengarah Urusan SevenFriday & Pengasas Bersama.

sejarah warisanButiran Perincian SevenFriday S2/01

-Case: keluli tahan karat yang digilap dan bezel luar serta dalam daripada PVD matte warna hitam.
-Case belakang: keluli tahan karat yang digilap, cip NFC yang ‘tertanam’ di belakang lambang bumi.
-Pelindung: kaca galian anti-refleksi yang kukuh.
-Tali: kulit asli yang ditimbulkan coraknya dan dihiasi jahitam hitam.
-Kalis air: hingga kedalaman 30 meter atau 3ATM.
-NFC: cip yang membenarkan pengesahan keaslian jam melalui aplikasi SevenFriday Android.
-Harga: RM6,230

sejarah warisanOmega Menjejaki Semula Warisan Itali Untuk Seamaster Baru ‘Edizione Venezia’

Jenama ini sering keluarkan sesuatu yang membuatkan pemilik jam tangan berasa dekat dengan sesuatu yang dicipta. Jam tangan ini dijual secara eksklusif di bandar Itali kerana ‘Edizione Venezia’ dicipta khas sempena Omega menjejak kota lama itu. Keputusan membuat jam tangan penghargaan kepada Venice bukanlah satu kebetulan. Akhir 1950-an, Venice memberi inspirasi kepada simbol ikonik Omega. Ketika itu, Seamaster adalah koleksi yang agak baru dan ia mewakili jam tangan untuk menyelam yang terkenal.

Kemegahan Omega Seamaster Edizione Venezia

-Dial: Opaline-silvery
-Penanda Jam: Melalui 12 tanda sebagai perwakilan indeks nombor dinamakan ‘leaf style’.
Crown: Spherical Crown yang mengikut bentuk kubah St Mark’s Basilica.
Case belakang: ukiran kuda laut yang terkenal pada Kristal nilam dengan perkataan ‘Seamaster’ dan ‘Edizione Venezia’ tertera.
-Emas: Tersedia dengan case emas Sedna 18 karat pada tali kulit berwarna coklat atau versi keluli tahan karat pada tali kulit berwarna hitam.
-Kotak: kedua-dua model pilihan ini diletakkan di dalam kotak istimewa yang dilapik dengan kain burgundy yang mengingatkan pengguna kepada hiasan dalaman gondola Venetian.

sejarah warisan

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE