SEARCH

SpongeBob SquarePants Ceriakan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di WCT Malls

SpongeBob SquarePants Ceriakan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di WCT Malls

Dua rakan baik, SpongeBob Squarepants dan Patrick Star akan bersama peminat mereka di Malaysia untuk meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di halaman utama di WCT Malls buat kali pertama! Bertemakan ‘Seronoknya Raya’, kemunculan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star pasti menceriakan lagi suasana Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ), Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) dan [email protected]

Sempena ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, ruang legar WCT Malls akan dihiasi menjadi dunia magis bawah laut yang akan memeriahkan lagi musim cuti anak-anak kecil. Selain dapat bersama mereka, peminat watak kartun ini juga dapat beramah mesra dan bersua muka semasa sesi bergambar dengan SpongeBob SquarePants dan sahabat baiknya, Patrick Star.

Kami teruja dapat menjemput SpongeBob SquarePants dan Patrick Star ke WCT Malls untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pertama mereka di Malaysia. Dengan karakter yang sentiasa optimis dan ceria, mereka pasti akan memeriahkan suasana dan menceriakan semua yang menyertai aktiviti ‘Seronoknya Raya’ di WCT Malls. Secara tidak langsung mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga, saudara dan sahabat baik.” Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan WCT Malls.   

Program ‘A Library of Hope’

Pengunjung Paradigm Mall PJ digalakkan untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang buku-buku baharu atau terpakai, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainya dalam apa jua bahasa bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Buku-buku boleh diletakkan di kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Semua buku yang dikumpul akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.

 

Denim Donation Drive

Dalam usaha memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik di Suri Lifestyle dengan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit, Paradigm Mall menggesa pengunjung menyumbang denim baharu atau terpakai yang akan diubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik. Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim baharu mehupun terpakai di kotak sumbangan di tingkat CC bermula 10 Mei hingga 9 Jun 2019.

Catat Malaysian Book of Records bagi Belon Karakter Kartun Terbesar

Pengunjung Paradigm Mall JB berpeluang menyaksikan belon SpongeBob SquarePants terbesar, dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter. Selain itu, terdapat juga 20 patung SpongeBob SquarePants bersaiz sebenar dan pengunjung boleh bergambar untuk disimpan sebagai kenangan dalam media sosial mereka. Paradigm Mall JB turut meraikan kejayaan mencatat Malaysian Book of Records bagi belon karakter terbesar di Malaysia.

Ayuh kunjungi WCT Malls: Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Johor Bahru dan [email protected] untuk meraikan Ramadan dan Raya yang bermakna dan penuh dengan keceriaan! Untuk maklumat mengenai aktiviti dan promosi, kunjungi laman web dan platform media sosial di bawah:

Laman Web
Paradigm Mall PJ: www.paradigmmall.com.my
Paradigm Mall JB: www.paradigmall.com.my/jb
[email protected]www.gatewayklia2.com.my

Facebook:
Paradigm Mall PJ: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/
Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB
[email protected]https://www.facebook.com/gatewayklia2/

Instagram:
Paradigm Mall PJ: https://www.instagram.com/paradigmpj/
Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/
[email protected]https://www.instagram.com/gatewayklia2/

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE