SEARCH

Scoop! Siapa Pakai Piaget Di Oscars 90?

Scoop! Siapa Pakai Piaget Di Oscars 90?

Habis cerita persalinan selebriti di karpet merah Oscars, kita lihat lebih terperinci jenama apa yang mereka pakai di acara tersebut. Anugerah yang dilangsungkan setiap tahun ini telah memasuki sembilan abad mengangkat yang terbaik antara terbaik dalam layar perak. Di sini pentas mempamerkan jenama apa yang selebriti pakai. Jadi, siapa pakai Piaget? Mari kita lihat.

Jennifer Garner

siapa pakai piaget

Jennifer Garner tampil dengan gaun Versace warna biru berdentum menyampaikan trofi pada malam itu, dia kelihatan menakjubkan dan tidak terlalu sarat, cukup sekadar anting-anting Piaget Sunny Side of Life bertatah 18 karat emas putih yang ditetapkan dengan dua kristal nilam biru dan 66 berlian. Tidak membiarkan tangannya kosong, cincin Piaget Secrets & Lights, juga hadir dengan nilam biru dan berlian serta di tangan sebelah terpasung Cincin Sunlight Piaget, semuanya dipasangkan sempurna dengan gaun birunya.

Tom Holland

Jam tangan Piaget aksesori penting buat lelaki di hamparan karpet merah anugerah paling berprestij untuk seniman filem. Aktor-aktor Hollywood juga tidak ketinggalan memakai koleksi hebat antaranya bintang Spider-Man dan Penyampai televisyen, Tom Holland. Cukup tampan pabila jam tangan Piaget Altipilano Skeleton terlihat pada pergelangan tangannya.

Oscar Issac

siapa pakai piaget

Manakala, pelakon Star Wars, Oscar Isaac, memilih jam tangan Piaget Polo S automatik yang menampilkan dial kelabu. karisma dirinya lebih nyata saat mengumumkan pemenang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE