SEARCH

Lokasi Baru Sincere Fine Watches Suria KLCC Lebih Strategik

Lokasi Baru Sincere Fine Watches Suria KLCC Lebih Strategik

Sincere Fine Watches telah menukar lokasi butik di Suria KLCC kepada sudut yang lebih menjadi tumpuan ramai. Persekitaran baru yang menjanjikan ruang lebih luas menempatkan ratusan jam tangan daripada berbagai jenama horologi hebat.

sincere fine watches

Majlis perasmian berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 300 tetamu jemputan. Butik baru dirasmikan oleh Kingston Chu, Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Sincere Watch Limited, Ong Ban, Ketua Pegawai Eksekutif Sincere Fine Watches.

Turut sama merasmikan Gary Chow, Penurus Besar Sincere Fine Watches Malaysia, Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC dan Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi Suria KLCC.

sincere fine watches
Ruang dalaman yang luas dan panjang menempatkan berbagai jenama hebat

“Lokasi strategik ini membolehkan Sincere menonjolkan keaslian rekaan halus jam tangan di bawah jenama ini. Ini menunjukkan komitmen kami terhadap inovasi dalam mewujudkan nilai dan pengalaman baru buat pelanggan kami pada masa sama dapat memperkukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi haute horogerie mewah di Malaysia.” Kingston Chu, Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Sincere Watch Limited

Sekitar Acara Pembukaan Semula Sincere Fine Watches

Tetamu dibawa menjelajah segenap ruang butik seluas 3,000 kaki persegi itu kemudian dijamu dengan pertunjukan fesyen menampilkan pakaian dari jenama Alia Bastamam dan Boggi Milano sambil peragawan memakai jam tangan di bawah Sincere Fine Watches.

sincere fine watches
Peragawan & peragawati menunjukkan jam tangan Sincere Fine Watches yang dipakai mereka

 

Pertunjukkan fesyen berkonsep luxe dan edgy itu turut dipacu dengan persembahan band secara langsung oleh Nutserlar Lim dari The Voice Asia bersama Nine Lives Band bertanggungjawab menghiburkan tetamu sepanjang acara.

sincere fine watches
Ruang legar butik

 

Selain pembukaan semula butik, salah satu acara utama ialah pameran pop-up yang berlangsung selama dua minggu di Suria KLCC. Ini kali pertama pameran koleksi jenama avant garde seperti Armin Strom, Cabestan, Christophe Claret, Fiona Krüger, Greubel Forsey, Grönefeld, Laurent Ferrier dan Manufacture Royale.

Pameran Pop-Up ini berlangsung bermula 28 Oktober 2017 hingga 12 November ini.

Kunjungi Sincere Fine Watches Suria KLCC yang bertempat di Lot G03M-P, Ground Floor. Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE