SEARCH

Segalanya Menarik Di Singapura! Whulandary Herman Menjejaki Lokasi Instagram Worthy Bersama Singapore Tourism Board

Segalanya Menarik Di Singapura! Whulandary Herman Menjejaki Lokasi Instagram Worthy Bersama Singapore Tourism Board

Jumlah pelancong di Singapura tiga kali ganda lebih ramai daripada penduduknya. Hal ini membuatkan STAIL.MY teruja mencari apa yang menarik daripada industri pelancongan yang ditawarkan di sini. Lantas, Singapore Airlines menerbangkan krew STAIL.MY dan Whulandary Herman ke Singapura melalui penerbangan langsung dan selesa selama 55 minit ke Changi Airport. Terima kasih di atas kerjasama terbaik daripada Singapore Tourism Board sepanjang kami di sana.

Selama tiga hari dua malam kami berkelana bertujuan menghangatkan lagi promosi pelancongan Singapura yang juga dinamakan Passion Made Possible. Terbahagi kepada lima kelompok minat iaitu Culture Shaper, Foodies, Socialiser, Explorer dan Collectors. Masing-masing mempunyai tarikan tersendiri dalam mencipta pengalaman yang baru setiap hari.

Sitting Editor: Ryan Mohamad Model: Whulandary Herman Solekan: Emmy Agung
Pengarah Kreatif: Merrissa Emilda Arahan Seni: Ashura Hakim Video: Darius Shu

Singapore Tourism Board

Penginapan selama tiga hari dua malam kami ditaja oleh Hotel Jen Orchardgateway. Menjanjikan pengalaman menginap di tengah bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti, kolam renang dengan pemandangan kota yang menarik, gimnasium 24 jam, servis bilik 24 jam, WiFi pantas dan percuma serta tempat makan yang menarik.

Bertempat di lokasi paling strategik di tengah-tengah pusat kota, berhampiran stesen MRT Somerset dan empat pusat membeli-belah berhampiran iaitu Orchard Central, 313@Somerset, Metro Centrepoint dan The Centrepoint. Berjalan kaki ke kawasan bergambar popular dan jadi sebahagian daripada orang ramai yang membanjiri pesisir Jalan Orchard.

Keterujaan STAIL.MY Berterusan Di Seluruh Lokasi Ini;

Culture Shaper

Mendalami kekayaan seni dan budaya tempatan serta mengenali cara hidup warga Singapura lama dan moden.

Heritage Houses di Joo Chiat

Warna-warni pada deretan rumah zaman kolonial pasca perang menyimpan sejarah Peranakan, budaya Melayu, Cina dan Eurasian. Rumah dua tingkat sebahagiannya dijadikan kedai antik, hiasan, restoran yang masih mengekalkan hiasan, motif dan jubin seramik asal atau pernah diperbaiki daripada bentuk asal.

Singapore Tourism Board

Kim Choo Kueh Chang Peranakan Boutique Gallery

Artifak peninggalan Peranakan masih kuat di butik ini. Daripada corak jubin, tangga kayu, kebaya nyonya hinggalah perhiasan rumah masih dikekalkan meskipun sebahagiannya untuk dijual. Aroma Nanyang dan makanan seperti kuih tradisi ditawarkan untuk acara dan tempahan.

Alamat: 109 East Coast RoadSingapore
Telefon: +65 6741 2125
Waktu Operasi: Setiap Hari (10Pagi – 10Malam)

Comedy Masala

Puas berjalan mengenali cara orang tempatan berhibur, kami ke Comedy Masala untuk menonton komedi berdiri daripada lima pelawak tempatan. Bertempat di kelab Hero’s 69 dan pelawak mengambil masa dalam 10 minit setiap seorang untuk menghiburkan tetamu.

Alamat: Hero’s 69 Circular Road
Bayaran Masuk: $18 – $22
Waktu Operasi: Setiap Selasa (8Malam)

Lokasi Cadangan Lain:

6th Singapore International Photography Festival

Berlangsung sehingga 9 Disember 2018, bertempat di National Gallery Singapore. Menyelam ke naratif yang lebih luas, bersama pelbagai pengalaman manusia. Like You, Me, Everybody Else menciptakan refleksi untuk kita menghubungkan kesamaan dan perbezaan melalui fotografi. Pameran seni yang tak patut dilepaskan.

Christmas On A Great Street

Festival sempena Hari Natal ini diterajui oleh Orchard Road Business Association. Bakal membawakan momen magis daripada animasi Disney di atas jalan raya dengan karakter-karakter kegemaran semua. Semak laman ini untuk butiran lebih terperinci.

Foodies

Rasakan sesuatu yang baharu dalam suasana dan cara terkini penyiapan makanan cara moden dan asli.

Tipo Pasta Bar

Terletak di Jalan North Bridge di mana terdapatnya deretan kafe popular. Kelainan di sini adalah pasta yang disediakan dengan tangan, ia juga maksud pada nama ‘Tipo’ itu sendiri. Tipo Pasta Bar meraikan artisan yang membuat pasta menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai jenis, saiz dan rasa pasta, selain kuahnya boleh dipilih mengikut selera. Hidangan di sini Halal tanpa ragu. Lihat link ini untuk harga dan menu #tiposg

Alamat
785 North Bridge Road
Singapore 198753

Waktu Operasi
Ahad hingga Khamis: 12tgh hari – 10malam
Jumaat hingga Sabtu: 12tgh hari – 11malam

+65 8768 0875
ask@tipo.sg

Singapore Tourism Board

The Halia di Singapore Botanic Gardens

Semakin terkenal dan menerima ramai pengunjung apabila diiktiraf Halal, restoran dalam taman Tapak Warisan Dunia (UNESCO) ini menyediakan hidangan Barat dan beberapa menu signature yang kami cuba benar-benar enak seperti Halia’s Singapore-Style Chili Crab Spaghettini, Slow Cooked Half Spring Chicken, Lemongrass & Ginger Prawn Salad dan pemanis mulut Blueberry, Strawberry & Banana Smoothies. Sila lihat harga dan menu lain di sini.

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis: 12.00Tengah Hari – 9.30Malam
Jumaar: 12.00Tengah Hari – 10.00Malam
Sabtu: 5.00Petang – 10.00Malam
Ahad & Cuti Umum: 5.00Petang – 9.30Malam

Collectors

Tempat-tempat ini diwujudkan untuk pengunjung mendapatkan apa saja yang diinginkan mengikut selera peribadi. Carilah warna, bentuk dan subjek yang mungkin boleh dibawa ke ruang peribadi.

Singapore Tourism Board

Paragon Shopping Centre

Paragon menghimpunkan butik mewah dari seluruh dunia, STAIL.MY sempat membeli-belah di beberapa butik yang kebetulan menyediakan apa yang kami cari. Kami sempat ke Moschino, MCM, Chalk Farm (kedai kek dan manisan), Janice Wong (kedai cokelat) dan Escentials (Wangian daripada pelbagai jenama mewah)

Alamat: 290 Orchard Road Singapore 238859
Waktu Operasi: Setiap Hari (10Pagi – 10Malam)

Lokasi Cadangan Lain:

Ion Sky

Dikelilingi oleh panorama Singapura pada aras tertinggi di Jalan Orchard. Bayangkan sekilas pemandangan Singapura zaman lampau yang kelihatan seperti kebun buah-buahan, ladang pala dan bagaimana segalanya telah berubah dek modenisasi. Klik link untuk pelbagai aktiviti di aras tinggi yang menyeronokkan.

Pengalaman Membeli-Belah di Lapangan Terbang Changi

Masuk sahaja negara ini kamu sudah ditawarkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Kamu harus pilih saja, mengapa saya katakan sebegitu? Kerana di Lapangan Terbang Changi sendiri sudah tersedia pengalaman menarik untuk diterokai antaranya membeli-belah bebas cukai, City in Garden, Kolam Koi, Taman Orkid, Taman Bunga Matahari (Terminal 2), Tanyangan wayang Blockbuster (Termianl 2 & 3), Taman Rama-Rama (Terminal 3) dan banyak lagi. Semak senarai aktiviti di sini.

Socialiser

Menjadi titik pertemuan bersama teman dan menikmati keindahan tata kota yang rapi sambil bersosial.

Singapore Tourism Board

Gardens by The Bay

Jika kamu menonton Crazy Rich Asian ketika babak majlis perkahwinan, di sinilah babak itu dilangsungkan. Taman ini berkeluasan 101 hektar terletak di atas tanah tambak. Dibina atas dasar kerajaan untuk mencipta visi ‘Bandar Dalam Taman’ tertutup setinggi bangunan 16 tingkat. Taman yang menempatkan ribuan flora dari seluruh dunia di bawah satu bumbung ini turut membawa spesis pokok Madagascar yang unik.

Alamat: 18 Marina Gardens Dr, Singapore 018953
Waktu Operasi: Setiap Hari : 5Pagi – 2Pagi
Harga Tiket: $25 Tiket Sehari

Lokasi Cadangan Lain:

Singapore River

Terokai jalan sungai sepanjang 3km melihat peradaban lama dan baru ketika menelusuri Sungai Singapura yang penuh sejarah. Sejarah Sungai Singapura boleh dibahagikan kepada tiga tempoh tahun yang berbeza: pra kolonial, kolonial dan pasca kolonial. Kenali beberapa jambatan bersejarah ketika meleui bawahnya antaranya Helix Bridge, Cavenagh Bridge, Anderson Bridge dan banyak lagi.

Explorer

Singapore Tourism Board

Red Dot Design Museum

Menghimpunkan rekaan-rekaan futiristik dan teknologi masa depan daripada Red Dot Design Awards, anugerah rekaan antarabangsa terbesar dunia. Tetamu disambut oleh kedai serbaneka yang menjual rekaan-rekaan unik yang berjumlah lebih 300 rekaan di ruang pameran satu tingkat ini.

Alamat: 11 Marina Blvd, Singapore 018940

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis 10pagi hingga 8malam
Jumaat – Ahad 10pagi hingga 11malam

Telefon: +65 6514 0111

Bayaran Masuk
Bayaran minimum untuk bukan warganegara Singapura ialah $6.40. Kemasukan percuma untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.

Singapore Tourism Board

Bynd Artisan at Holland Village

Legasi seni membuat buku berterusan di Bynd Artisan. Telah dipelopor lebih 70 tahun oleh keluarga sama dan melalui pelbagai teknologi hingga kini. Kedai legenda ini dijadikan kafe di sepertiga bahagian, yang lainnya diatur seperti bengkel membuat buku. Pengunjung yang hadir  ke sini membuat buku untuk dijadikan hadiah, diri sendiri dan siapa saja. Kamu boleh pilih apa jua rekaan, warna, tulisan untuk jadikan satu buku itu personal.

Alamat: Terdapat empat cawangan Bynd Artisan di Singapura. Lokasi yang STAIL.MY kunjungi di
Holland Village
44 Jalan Merah Saga, #01-54Singapore 278116

Telefon: (65) 6475 1680

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 12tengah hari – 9malam
Sabtu & Ahad: 10pagi – 9malam

Harga Buku Notebook (Customised)
$35

Singapore Tourism Board Giveaway!

Singapore Tourism Board Giveaway Form

* indicates required


/ /
( dd / mm / yyyy )




 

Terma dan Syarat Penyertaan:

1. Tempoh penyertaan dari 1 Disember 2018 – 9 Disember 2018.

2. Penyertaan eksklusif untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Keputusan akan diumumkan pada 10 Disember 2018, hadiah perlu diambil sendiri dalam tempoh seminggu (10 – 14 Disember 2018, Isnin – Jumaat) di pejabat STAIL.MY (Kelana Jaya)

4. Senarai peserta bertuah akan dimaklumkan melalui Instagram Messenger (DM) atau Emel.

5. Penyertaan yang lewat, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak akan dilayan sama sekali.

6. Kakitangan, penaja, agensi pengiklanan dan keluarga terdekat tidak layak menyertai.

7. STAIL.MY dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama atau gambar peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.

8. Pihak STAIL.MY juga berhak memilih mana-mana peserta sebagai pemenang untuk pertandingan ini.

9. Semua keputusan yang ditetapkan oleh STAIL.MY adalah MUKTAMAD.

10. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 03-7886 5050.

Kempen tamat! 

Tahniah kepada pemenang bertuah sempena STB Giveaway:

  1. Amelia Chiang
  2. Revathi Kamalanathan

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE