SEARCH

STAIL.MY Berparti Dalam Kereta: Gema Alunan Muzik Dengan Rangkaian Volkswagen ‘Sound & Style’

STAIL.MY Berparti Dalam Kereta: Gema Alunan Muzik Dengan Rangkaian Volkswagen ‘Sound & Style’

Suatu hari rakan-rakan sekerja STAIL.MY mengelilingi Kuala Lumpur dengan menaiki Volkswagen Tiguan yang boleh memuatkan lima tempat duduk. Kami hanya mahu menikmati keselesaan sepanjang perjalanan. Namun, ada satu istimewa dalam model Tiguan kali ini. Sedang menikmati muzik di corong radio, kami dapati sistem pembesar suara dan hiburan adalah ciri-ciri baharu yang dimasukkan ke model SUV ini. Patutlah alunan muzik yang bergema sangat menakjubkan, ia dipanggil ‘Sound & Style’ yang hanya didapati dalam beberapa model Volkswagen terpilih sahaja.

Ideal untuk pemandu yang gemar mendengar muzik, rangkaian ‘Sound & Style’ pakej aksesori yang ditawarkan pada model Volkswagen Golf R-Line, Passat Comfortline, Passat Highline dan Tiguan Highline. Ia padat dengan aksesori bernilai sehingga RM16,000 bergantung kepada model.

Sound & Style

Aksesori Sound & Style

Rangkaian ‘Sound & Style’ dilengkapi aksesori yang diluluskan oleh Volkswagen iaitu HELIX 300W Soundbar, dihasilkan oleh pakar audio hi-fi dari Jerman, HELIX. Dipasang pada ruang kargo kereta, soundbar ini terdiri daripada sebuah amplifier 5-saluran yang diintegrasikan dengan sebuah pemproses bunyi dan subwoofer. Sistem itu adalah tambahan kepada sistem bunyi 8 pembesar suara yang sudah dipasang di dalam kereta. Ia didatangkan dengan kaliberasi profil bunyi yang tepat berdasarkan kepada model.

Aksesori lain yang turut dipasang pada rangkaian Volkswagen ialah pedal sports aluminium, plat pemijak kaki sisi aluminium dan VW Tint.

Sound & Style

Spesifikasi Tiguan Highline ‘Sound & Style’

Tiguan Sound & Style dipasang dengan HELIX 300W Soundbar, kemasan krom pada trunk, hujung ekzos krom, spoiler belakang berwarna hitam dan VW Tint yang semuanya bernilai RM9,000.

SUV yang kami naiki ini menggunakan padanan enjin turbo 1.4l TSI dan kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan bersama mode sport untuk menawarkan kuasa 150PS serta tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Ia mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 8.9 saat sahaja. Tiguan adalah SUV Volkswagen yang paling berjaya dengan jualan lebih 2.8 juta di seluruh dunia.

Ditawarkan pada harga RM174,990*. Memiliki beberapa pilihan warna iaitu biru (Atlantic Blue), hitam (Deep Black), putih (Pure White), kelabu (Indium Grey), perak (Tungsten Silver).

Harga Model Lain Yang Terkandung Sistem ‘Sound & Style’
Passat Comfortline ‘Sound & Style’ – RM188,690*
Passat Highline ‘Sound & Style’ – RM211,390*
Golf R-Line ‘Sound & Style’ – RM177,390*

Semua kenderaan Volkswagen hadir dengan tiga tahun penyelenggaraan percuma, jaminan perbatuan tanpa had dan 5 tahun bantuan tepi jalan. Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Volkswagen Malaysia.

*Semua harga yang dinyatakan adalah harga runcit, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE