SEARCH

Spaces Ruang Kerja Sofistikated & Moden Seiring Gaya Hidup Masa Kini

Spaces Ruang Kerja Sofistikated & Moden Seiring Gaya Hidup Masa Kini

Pertumbuhan kompeni-komeni baharu semakin rancak di pasaran tempatan mahupun dunia. Sehubungan dengan itu, sekalian kompeni ini memerlukan satu ruang kerja yang selesa dan lengkap dengan sewaan dan pakej harga yang berpatutan untuk kompeni mereka. Maka wujudlah Spaces, ruang kerja serba moden yang menyediakan tempat serta kelengkapan pejabat untuk syarikat yang memerlukan ruang selesa untuk bekerja.

Baru-baru ini saya ke Singapura melihat bagaimana Spaces yang telah beroperasi sejak 2013 berfungsi buat kompeni di sana. Terdapat beberapa cawangan Spaces di Singapura iaitu di Raffles Place, TripleOne Somerset, Paya Lebar Quarter dan Robinson Road. Saya sempat melihat keempat-empat cawangan Spaces yang berasal dari Amsterdam ini. Kesemua ruang Spaces di sana mempunyai tema berbeza mengikut lokasi bangunan Spaces.

Foto Menarik Interior Spaces Di Singapura

Kebanyakan Spaces di Singapura menggunakan tetingkap panorama untuk pekerja melihat pemandangan luar

 

Hampir semua Spaces menggunakan perabot model sama untuk dijadikan standard seperti model ruang di negara asalnya

 

Spaces memilih Singapura sebagai pasaran pertama untuk memulakan pengembangan globalnya di Asia Pasifik di luar akar Eropahnya, dengan pembukaan Spaces di City Hall (kawasan 26,000 kaki persegi yang terletak di 410 North Bridge Road) pada September 2016. Dalam masa 20 bulan, Spaces telah mewujudkan kehadiran firma di seluruh rantau ini dengan 23 lokasi di China, Jepun, India, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Filipina, Australia dan New Zealand.

Ruang kerja di Spaces terbahagi oleh beberapa bahagian yang boleh disewa antaranya bilik mesyuarat, ruang bekerja terbuka, bilik telefon, pejabat bertutup pelbagai saiz disertakan dengan meja dan kubik, ruang acara dan terdapat kemudahan lain mengikut lokasi Spaces seperti kolam renang, kopi percuma untuk ahli dan berbagai-bagai keistimewaan lain mengikut harga sewaan.

Menarik lagi, tempoh sewaan Spaces boleh dibuat mengikut bulanan. Jika satu-satu kompeni selesa boleh ditambah baik ke lima bulan, setahun dan berapa panjang tempoh yang dimahukan. Jika syarikat sudah selesa berada di ruangan bekerja yang serba moden sebegini.

Ruang Kerja Terbuka Spaces

Spaces Menerusi Aplikasi

Spaces boleh disemak ruang kekosongannya melalui aplikasi, bermaksud jika kamu salah seorang pelanggan Spaces, kamu boleh menyemak di manakah Spaces berhampiran di kawasan kamu dan boleh membuat kerja dengan selesa di sana. Terutama bagi pekerja yang merantau ke luar negara. Melalui aplikasi juga kamu boleh lihat ruang manakah yang kamu mahukan dan saiz berserta pakej harga.

Spaces Bakal Dibuka Di Malaysia

Malaysia juga menyaksikan kepelbagaian dan pertumbuhan kompeni baharu muncul secara rapid. Sungguhpun begitu, banyak di antara kompeni-kompeni sebegini tidak mempunyai ruang yang lengkap sebagai pejabat. Sehubungan itu, Spaces memutuskan untuk memenuhi keperluan ini dengan membuka cawangannya di Malaysia.

Vijayakumar Tangarasan, Ketua IWG Malaysia, Indonesia dan Brunei

Spaces bakal dibuka buat pertama kalinya di Kuala Lumpur bertempat di Platinum Sentral dengan keluasan sekitar 60,000 kaki persegi. Ia telah mendapat permintaan tinggi daripada klien berasaskan teknologi kerana kawasan itu adalah kawasan MAC. Cawangan kedua ialah di Beach Street, Pulau Pinang yang dijangka siap pada Oktober nanti dengan keluasan 18,000 kaki persegi. Butirannya bakal diwar-warkan setelah pembukaan rasminya pada September ini.” Vijayakumar Tangarasan, Ketua IWG Malaysia, Indonesia dan Brunei

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE