SEARCH

Tudung Tiga Warna: Beli Starbucks X Naelofar & Sambil Berbakti Kepada Badan Amal

Tudung Tiga Warna: Beli Starbucks X Naelofar & Sambil Berbakti Kepada Badan Amal

Tak puas berkolaborasi bersama sosok yang satu ini, Starbucks mengumumkan kerjasama sekali lagi dengan usahawan ikonik, pelakon dan pengacara terkenal negara, Neelofa. Dia turut mengeluarkan koleksi tudung yang disesuaikan untuk Starbucks. Memberi penghormatan kepada warna Starbucks Frappucino dan jenama selendang Neelofa, Naelofar, Starbucks X Naelofar Scarf Collection adalah yang pertama seumpamanya dijual secara eksklusif di kedai-kedai Starbucks terpilih.

Kerjasama itu mendapat inspirasi daripada warna-warna abadi dan ikonik bagi minuman Starbucks Frappuccino contohnya yang terdapat dalam minuman itu ialah cokelat, karamel dan the hijau. Oleh itu, tudung-tudung dalam koleksi Starbucks x Naelofar akan menampilkan warna-warna coklat muda, kuning air dan hijau pastel. Dibungkus dalam replika tumbler Starbucks, tudung itu sendiri dibuat daripada bahan berlipat dan boleh dipakai secara beragam dalam pelbagai gaya untuk dipadanakan dengan pakaian apa pun.

Beli & Dermakan Untuk Kebajikan

Kerjasama ini yang kedua kali antara Starbucks Malaysia dan Neelofa, sambungan kepada kempen MY Cups of Kindness Campaign yang berlangsung tahun lalu. Kempen ini menyaksikan ramai rakan artis menyertai Starbucks untuk menyebarkan mesej kebaikan. Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Starbucks mendermakan RM0.50 daripada hasil penjualan Summer Frappucino kepada badan amal pilihan Neelofa.

Begitu juga dengan setiap pembelian tudung & tumblr Starbucks x Naelofa, RM1 akan diambil dan disumbangkan kepada badan amal pilihan Neelofa.

Koleksi Starbucks x Naelofar adalah sesuatu yang dekat dengan saya. Material tudung Starbucks x Naelofar dibuat menggunakan kain Chiffon Heavy Pleated dan dalam gaya selendang yang saya suka. Saya bersyukur untuk peluang unik ini dan saya harap peminat dan pelanggan Starbucks sama-sama akan menikmati koleksi itu.” Neelofa.

Bersempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia yang akan datang, Starbucks juga mengeluarkan edisi Tiger Bearista Malaysia edisi terhad. Menampilkan Starbucks Bearista ikonik. Starbucks Bearista memberi penghormatan kepada ikon Harimau Malaya, kini spesies yang terancam.

Boleh didapati bermula dari 5 Ogos, tudung Starbucks x Naelofar berharga RM75 setiap satu dan. Sementara itu, Tiger Bearista edisi terhad Malaysia berharga RM88. Eksklusif untuk Malaysia, Starbucks x Naelofar Scarf Collection dan Malaysian Tiger Bearista akan dijual di semua kedai Starbucks di seluruh negara, sementara stok masih ada.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE