SEARCH

Summorie Ajarkan Cara Kreatif Mencipta Buku Peribadi Lebih Menarik!

Summorie Ajarkan Cara Kreatif Mencipta Buku Peribadi Lebih Menarik!

Bagaimana kamu menjadikan buku nota harian kamu supaya kelihatan menarik? Pada pendapat saya, bagi yang mempunyai tulisan cantik sudah memadai membuat buku nota menarik. Tapi tak semua mempunyai kelebihan tersebut. Jangan risau! Dengan idea kreatif yang diajarkan daripada pengajar Summorie, kamu dapat menghasilkan buku nota paling menarik.

Kumpulkan segala kerta terpakai, pelekat, pena pelbagai saiz dan berwarna-warni dan reka sendiri jurnal yang kamu sukakan. Paling menarik jika kamu dapat meletakkan sekali foto-foto dalam jurnal itu. Contohnya seperti sebuah mood board.

Buku-buku di Summorie diperbuat dengan bahan berkualiti terbaik, notebook dan perancang Summorie boleh diperibadikan dalam pelbagai bentuk seperti hardback linen, softback linen dan kulit keras. Semua buku nota dan perancang menggunakan kertas 100 gsm tanpa asid dan direka bentuk dengan poket depan dan belakang untuk meletakkan kad penting atau memo dengan ciri terbuka.

Halaman-halaman dalam buku nota dan perancang juga datang dengan pelbagai pilihan. Semua buku nota dan perancang datang dalam pelbagai kombinasi warna dengan pilihan untuk menambah nama atau mesej peribadi pada kulit buku.

Proses mencipta buku peribadi kamu di Summorie bermula dengan;

1. Memilih warna dan kualiti kulit buku
2. Memilih pengisian dalaman sama ada kamu mahu buku perancang, kalendar, atau kertas kosong di dalam.
3. Memilih konsonan nama (tidak lebih daripada 10 huruf)
4. Memilih warna untuk disadurkan ke atas konsonan nama di hadapan buku (emas, rose gold dan perak)
5. Buku di Summorie dibungkus dengan bingkisan kotak yang juga laci mini diperbuat daripada kertas keras cukup menarik!

Notebook dan perancang Summorie boleh didapati secara dalam talian di summorie.co dan boleh dipos ke seluruh dunia. Lihat pelbagai jenis buku nota dan alat tulis yang lain di laman sesawang Summorie, pencinta stationary pasti menggila.

STAIL Sarankan Membeli Pelekat Menarik Di Sini;

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE