SEARCH

Supperclub KL Menyajikan Hidangan Perancis Yang Asli Dan Kontemporari Pasti Memberikan Kejutan Rasa

Supperclub KL Menyajikan Hidangan Perancis Yang Asli Dan Kontemporari Pasti Memberikan Kejutan Rasa

supperclub KL

Supperclub KL terletak pada barisan kelab, restoran dan bar di Trec Kuala Lumpur satu-satunya restoran kelas atasan yang menyediakan hidangan ala Perancis. Chef Romain Fabre menjadi tulang belakang di dapur Supperclub KL. Kami mencuba enam menu Perancis yang cuba diketengahkan kali ini. Chef sempat membuat demonstrasi cara makan hidangan ini.

IMG_7453

Cold Seafood Platter (dihidang sejuk)

Saya yang tidak gemarkan makanan laut sangat memaksa tekak untuk menelan hidangan pertama yang jelas-jelas raw dibarisi udang harimau, siput Whelk atau Boulot dalam Bahasa Perancis dan setengah dozen tiram segar. Hidangan ini dinamakan Cold Seafood Platter (dicadangkan untuk dua orang). Teman saya kata “If we had a bad experience with muscles and seafood we are never gonna try it again.” Saya cukup beruntung kerana pengalaman ulung saya mencuba makanan laut autentik ini cukup baik. Tiram segar yang rasanya kaya dengan lemak, tidak hanyir dan yang pastinya ‘hidup’ memberikan rasa hidupan laut seakan baru saja diangkat dari dasarnya. Cuba siput Whelk (Bulot) pula, seperti siput sedut (belitung) yang orang kita selalu jadikan masak lemak. Cuma ia lebih kenyal dan besar. Kamu harus cicahkan dengan mayonis Chef Romain Fabre yang dicampur bawang putih, ia sebagai penambah selera dan meyakinkan kamu untuk makan.  RM190++

Tip kenal pasti kesegaran tiram
Chef mengajar saya bagaimana mengenalpasti samada tiram itu segar atau tidak melalui usikan di bibir isi tiram. Jika kita dapat lihat ia bergerak mengecut bermakna ia masih hidup dan segar.

IMG_7459

Sup lembu (oxtail sooup) yang direbus dua kali, dihidangkan dengan Foie Gras dan over baked ‘luttee’ truffle dengan pastry puff.

Pastry rangup melindungi kaldu lembu yang panas, “Pecahkan saja dengan menggunakan garpu,” kata chef. Saya yang sememangnya menggemari sup sangat menikmati sup dengan isi lembu yang empuk ini. Cukup bijak dengan tersedianya roti rangup. Menjadikan sup ini tidak terlalu kosong.
Resipi ini dicipta oleh Chef Paul Bocuse, yang namanya terkenal dan disegani di Perancis. Chef Romain mengekalkan keaslian resipi dan memperkenalkan hidangan ini kepada pelanggan gastronomi tempatan. Resipi ini adalah salah satu hidangan yang dia puja daripada Paul Bocuse (yang juga gurunya) dan telah mendapat pengiktirafan oleh Institut Paul Bocuse. RM65++

supperclub KL

Hokkaido Scallops, celeriac puree dan glazed chestnut

Pengisian makanan enak ini terdiri daripada Scallops Hokkaido (kekapis) dipanggang bersama mentega, puri saderi dan chestnut. Manakala sosnya diperbuat daripada campuran busa lobster dan jeruk cendawan butang. Salah satu hidangan signature oleh Chef Romain Fabre. Dia mencipta hidangan ini sejak tiba di Malaysia dua tahun lalu. Sememangnya saya juga bersetuju versi ini di Supperclub KL adalah yang paling sedap dan saya gemarkan kelembutannya. RM65++

supperclub KL

Foie Gras yang dipanggang dalam kuali dengan tiga cara disertakan sekali epal hijau dengan balsamic yang dikurangkan.

Menu ini dikatakan istimewa kerana ia makanan mewah Perancis yang dicipta chef dalam versi Supperclub KL. Dienakkan lagi dengan mentega epal yang dipanggang. Enaknya sorbet epal pabila dimakan bersama Foie Gras (hati angsa) yang dimasak dengan tiga cara ini! Saya cukup teruja dengan kebijaksanaan chef yang mencipta hidangan ini. Brilliant! RM75++

supperclub KL

Australian Rack of Lamb with Juice & Sauteed potatoes

Portion untuk makanan ini tidaklah terlalu besar, jadi memadai jika kamu mahu makan sendirian. Daging rusuk kambing yang dimasak dalam medium well temperature agar jus kambing kekal dan dapat dirasakan. RM95++

supperclub KL

Strawberry Pie, vanilla “crème patisserie”, peach-lychee cherbet

Sedap, sedap, sedap! Pai yang kaya dengan strawberi dengan pastri krim dikombinasikan sorbet pic-laici yang masam melengkapkan pencuci mulut ini. Terliur jika teringatkan rasanya. Saya pasti akan ke sini lagi!

Pilihan STAIL.MY : Cold Seafood Platter, Hokkaido Scallops, celeriac puree and glazed chestnut, Pan seared Foie Gras and green apple in 3 ways, balsamic reduction dan Strawberry Pie, vanilla “crème patisserie”, peach-lychee cherbet
Ruang makan dan dekorasi 5 Bintang
Secara keseluruhan kami berikan 4.5 bintang

Waktu operasi: Selasa – Ahad [5pm – 3am, dapur ditutup jam 11.45pm] Tel: 03-2110-0866 RSVP: +6017-663-3398 Alamat: Lot E12-14, Electric Boulevard, TREC Jalan Tun Razak, 50400, KL. Facebook | Instagram | Youtube: SUPPERCLUB KL
Website: www.supperclubkl.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE