SEARCH

TAG Heuer Monaco Diraikan 22 Hingga 28 April Ini Di Pavilion KL

TAG Heuer Monaco Diraikan 22 Hingga 28 April Ini Di Pavilion KL

Pada 1969, Heuer melancarkan Monaco, jam tangan menarik yang menjadi terkenal dengan reka bentuk unik dan teknologi groundbreaking-nya. Lima puluh tahun kemudian, TAG Heuer meraikan model ikonik ini dengan versi baru yang menggunakan rekaan asal legenda ini.

TAG Heuer Monaco

Sempena ulang tahun ke-50 TAG Heuer Monaco, jam tangan asal Switzerland ini mempersembahkan pameran yang mengetengahkan warisan jam tangan ikonik dari muzium jenama di La Chaux-de-Fonds. Potongan yang dipilih mempamerkan kekayaan sejarah TAG Heuer dan menyerlahkan inovatif jenama dalam reka bentuk jam tangan sporty.

TAG Heuer Monaco

Bagi saya, Monaco adalah ‘pintu’ kepada TAG Heuer. Ia adalah model yang berjaya menangkap mata sesiapa yang melihatnya. Banyak pengumpul jam bermula dengan Monaco dan kemudian menarik ke dunia horologi, kemudian mencari koleksi lain untuk dikumpul, tetapi sentiasa menghargai seutas yang dikumpul buat pertama kalinya. ” Catherine Eberle- Devaux, Pengarah Warisan TAG Heuer.

STAIL.MY ingin mengajak pembaca untuk mengenal lebih dekat lagi koleksi ini dengan menyaksikan secara langsung TAG Heuer Monaco Di Pavilion sempena ulang tahun ke 50 bermula 22 hingga 28 April 2019 di Ruangan Concourse.

TAG Heuer Monaco

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE