SEARCH

Taman Permainan Kembung Terbesar Malaysia Di Paradigm Mall Johor Bahru

Taman Permainan Kembung Terbesar Malaysia Di Paradigm Mall Johor Bahru

Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB), meraikan kejayaannya tersenarai di dalam Malaysian Book of Records (MBR) bagi pencapaian taman permainan belon kembung terbesar di Malaysia. Bersempena cuti sekolah di Singapura dan sambutan Hari Bapa, PMJB telah membangunkan Cat’s Meow, taman permainan belon kembung luar biasa sepanjang 2.41 meter dan selebar 15.2 meter serta berketinggian 6.3 meter. Meow, taman berbentuk kucing itu merangkumi pelbagai elemen permainan belon kembung seperti jongkang-jongket, gelongsor gergasi dan kolam bola.

Sijil MBR telah diserahkan kepada Catherina Quek, Pengurus Besar Paradigm Mall Johor Bahru, oleh Nurul Fatihah – Penganalisa Penyelidikan dan Aaron Bong, Pengurus Acara dan Komunikasi Korporat daripada Malaysian Book of Records.


Kami berbangga disenaraikan di dalam Malaysian Book of Records (MBR) untuk kali kedua. Penghargaan oleh MBR ini dapat memberi semangat kepada kami untuk bekerja keras dan menyediakan pengalaman unik kepada pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke pusat beli-belah kami.” Catherina Quek

Pengalaman membeli-belah kini bertambah meriah di Paradigm Mall JB, dengan adanya pelbagai aktiviti menarik lagi menyeronokkan seperti pencarian tapak kaki Meow Meow, Ring Toss dan permainan menjaringkan bola bermula 20 Jun hingga 30 Jun, 2019. Terdapat pelbagai hadiah hebat lagi memikat yang ditaja oleh peniaga-peniaga bagi peraduan dan aktiviti yang dijalankan. Pengunjung yang membelanjakan minimum RM50 di butik-butik pakaian atau RM100 di seluruh Paradigm Mall JB dapat menebus satu pas percuma dan memberi peluang kepada si kecil kesayangan mereka menikmati pengalaman menakjubkan di kolam bola Cat’s Meow.

Jadi apa tunggu lagi? Tandakan kalendar dan serbu Paradigm Mall Johor Bahru! Rasai kegembiraan di taman permainan kembung terbesar bersama keluarga, rakan dan semua insan tercinta. Sebarang maklumat lanjut mengenai senarai aktiviti dan promosi, ikuti laman ini untuk kemas kini lebih lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE