SEARCH

5 Template Resume Terbaik Untuk Mencari Kerja

5 Template Resume Terbaik Untuk Mencari Kerja

Jika kamu belum mempunyai pekerjaan yang diimpikan, kamu pasti memerlukan banyak aspek untuk menarik perhatian majikan. Secara harfiah. Itulah sebabnya ada sesetengah orang mencita resume yang mencolok mata majikan. Kamu rasa ia perlu? Saya senaraikan 10 templat resume terbaik yang memudahkan kamu menyusun segala harapan di dalam kepingan kertas untuk menentukan masa depan kamu.

Di zaman serba canggih ini, majikan sentiasa mencari pekerja di LinkedIn, tetapi kamu juga perlu mempunyai beberapa jenis dokumen yang membolehkan mereka lihat identiti dan tahap profesional kamu.

Semasa kamu mencari beberapa template, kamu mungkin tergoda untuk memilih reka bentuk yang paling artistik atau banyak memuatkan perkataan agar kamu boleh ‘bercerita hikayat’ kerja di dalam itu. Ingat, sesetengah pengurus dalam bidang kreatif mungkin mengalu-alukan reka bentuk yang tidak konvensional, sementara yang lain akan memilih pendekatan yang lebih konservatif.


template resume1. Microsoft Office

Sekiranya kamu mempunyai Office di dalam komputer riba, terdapat banyak halaman template percuma dan template cover letter yang tersedia untuk dimuat turun dan digunakan dalam Word secara percuma. Mereka terdiri daripada yang paling mudah direka seperti berwarna-warni. Pilihlah dengan bijak jika kamu tidak mahu menggunakan template yang sama dengan orang lain, dan tidak mahu memberikan sesuatu yang terlalu wow kepada majikan yang sangat tradisional.

template resume

2. MyPerfectResume.com

Pilihan hebat untuk semua pekerja. MyPerfectResume.com menawarkan lebih daripada 10 template résumé untuk dipilih, daripada sederhana hingga berwarna-warni. Tambahan pula, mereka mempunyai cover letter! Perkhidmatan ini dikenakan cas sebanyak $24.95 / bulan, tetapi terdapat tempoh percubaan selama 14 hari iaitu $2.95.

template resume

3. Google Docs

Laman sesawang paling mudah, percuma untuk memulakan adalah di sini, di mana terdapat lima template untuk dipilih termasuk pilihan untuk mengubah rekaan font, warna, dan garisan.

template resume

4. Ineedaresu.me

Lengkap dengan bentuk interaktif dan empat tema untuk dipilih, mencipta resume ini hanyalah sesuatu yang membosankan. Ia akan membantu kamu menyusun dan mengutamakan maklumat penting dan memformat cover letter untuk kamu. Yang best nya, ia adalah percuma!

template resume

5. Freesume

Terdapat pelbagai template dokumen Word percuma untuk dipilih dari sini, tetapi perlu membuat satu perkara iaitu kamu perlu berkongsi pautan ke laman web di Facebook atau Twitter untuk membuka kunci pautan muat turun dengan percuma. Sebagai alternatif, kamu boleh membeli pek premium ($15), yang termasuk format cover letter dan sokongan e-mel percuma.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE