SEARCH

‘Terbang’ Bersama Syed Harris Umar Di FlyCycle, Memicu Adrenalin Lebih Sihat

‘Terbang’ Bersama Syed Harris Umar Di FlyCycle, Memicu Adrenalin Lebih Sihat

Dari Front Desk Boy ke jurulatih kecergasan mengubah persepsi dan rutin Harris ke arah gaya hidup sihat. Asalnya seorang yang bertubuh gempal, Harris obses dengan figura tubuhnya yang semakin mantap. Segalanya bermula di FlyCycle, medan ‘membuka sayap’ untuk kita sama-sama terbang bersama Syed Harris.

terbang bersama syed harris

terbang bersama syed harris

Sitting Editor, Arahan Seni & Grooming: Ryan Mohamad Rambut : Syed Harris Gambar : Ting Yang Shan Model : Syed Harris Umar Persalinan: Rizman Ruzaini Lokasi: FlyCycle KL

Jejaka yang masih dalam pengajian di peringkat universiti ini menggalas tanggungjawab sebagai fitness trainer (FT) separuh masa. Kini sedang mendalami berbagai teknik terbaik untuk sesi ‘fly’ bersama pelanggan-pelanggan yang memilih untuk berada di kelasnya.

terbang bersama syed harris

Kenapa kamu membuat keputusan untuk menjadi jurulatih kecergasan di FlyCycle?

Bermula kerja di sini menjaga meja pendaftaran kepada ahli, namun selepas beberapa bulan saya rasakan saya mampu menjadi FT juga! Dari situlah segalanya bermula.

“Internet menyediakan berbagai akses yang mudah untuk saya belajar mengenai dunia fitness selain buku. Selalunya saya kumpulkan banyak penyelidikan tentang kesihatan dan tentunya banyak nasihat-nasihat daripada komuniti kecergasan yang saya jumpa dan mereka kongsikan berbagai-bagai tip.” Syed Harris Umar

terbang bersama syed harris

Bagaimana jika klien tidak berpuas hati dengan kerja kamu? Atau tidak mencapai goal mereka dalam fitness berbasikal ini?

Saya tidak boleh mengawal semua itu, sebab itu di FlyCycle terdapat banyak jurulatih. Rutin yang kami lakukan juga berlainan dan pelanggan berhak memilih ingin masuk ke kelas yang mana mereka suka. Saya komited dalam setiap kelas dengan memberikan 100 peratus tumpuan dan memastikan agar setiap latihan menjadi sesi terbaik pelanggan pernah hadiri.

terbang bersama syed harris
Casio G-Shock G-Steel GST-S100G-1ADR Harga Pasaran: RM1,299 Material Bezel: Keluli tahan karat Resin Band, Mineral Glass, Neobrite, Kalis Kejutan & Kalis air hingga 200 meter

 

terbang bersama syed harris
Gambar utama: Harris memakai Casio G-Shock G-Steel GST-210B-7ADR (Putih)
Harga Pasaran: 1,499, Material Bezel: Keluli tahan karat
Resin Band, Kalis Kejutan, Mineral Glass, Neobrite & Kalis air hingga 200 meter

 

Kenali Harris

Nama: Syed Harris Umar Bin Syed Hussain
Tarikh Lahir: 31/05/1995
Umur: 22 Tahun
Berat: 78kg
Tinggi: 178cm/5’11
Instagram: @syedharriswins

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE