SEARCH

Hiasan Hidangan Tengah Hari Di The Courtyard Pavilion Hotel Yang Melayu Sangat!

Hiasan Hidangan Tengah Hari Di The Courtyard Pavilion Hotel Yang Melayu Sangat!

Walaupun feeling sangat makan di hotel, The Courtyard Pavilion Hotel Kuala Lumpur mengajak tetamu Melayu khususnya untuk tidak melupakan asal usul dengan memperkenalkan menu hidangan tengah hari dengan persembahan yang Melayu sangat.

Walaupun UK telah memperkenalkan konsep minum teh petang (afternoon tea) pada dunia, pakar perhotelan di Pavilion Hotel Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Banyan Tree telah melakukan spin yang sangat Malaysia pada set teh petangnya. Set ini mula diperkenalkan dan dihidangkan pada 19 Jun 2019 di The Courtyard di Pavilion Hotel Kuala Lumpur.

Dengan memperkenalkan Set Tea Afternoon Malaysia, tetamu kini dapat mengagumi pemandangan Bukit Bintang di Courtyard di Pavilion Hotel Kuala Lumpur, yang terletak di aras 8 hotel, sambil menikmati makanan kegemaran Malaysia penuh santai, kasual namun dalam persekitaran yang cukup selesa dan mewah.

Ada satu perkara yang rakyat Malaysia suka, ia adalah kepelbagaian makanan yang kami sediakan di sini. Dengan Set Truly Malaysian Afternoon Tea, kami mengambil idea Teh Petang Tradisional dan meletakkan corak unik Malaysia di atasnya. Kini kami menawarkannya dalam suasana pemandangan segitiga emas Kuala Lumpur, menjadikannya benar-benar unik ketika meminum teh.” Anders Dimblad, Pengurus Besar Pavilion Hotel Kuala Lumpur.

Apa Menarik Dalam Hidangan Tengah Hari The Courtyard?

Hidangan tengah hari yang disediakan di The Courtyard Pavilion Hotel Kuala Lumpur mempunyai seleksi hidangan manis yang direka khas oleh maestro dapur yang mesra dengan cita rasa tempatan. Menu seperti Rendang Tok bersama nasi di dalam buluh, Roti Itik Panggang dengan Sos Hoi Sin, Sosej Melayu Tradisional dengan Sos Pencicah, Mini Nasi Lemak, Masala Vadai dengan Yogurt Pudina, Udang dengan Sos Cili Manis dan Roti Bakar Melayu.

Menarik lagi hidangan lazat ini turut disediakan juga bersama pisang goreng, kuih muih Melayu dan ais krim Malaysia berperisa cendol, mangga dan banyak lagi. Tidak lupa juga minuman teh tarik dan teh O sebagai penutup.

The Truly Malaysian Afternoon Tea Set di Pavilion Hotel Kuala Lumpur boleh didapati dengan harga RM55 nett per set. Untuk pertanyaan atau tempahan boleh dibuat dengan menghubungi +603 2117 2821 atau e-mel thecourtyard-pavilionhotel@banyantree.com.

Maklumat lanjut mengenai pilihan tempat makan di Pavilion Hotel Kuala Lumpur boleh ke laman ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE