SEARCH

Cable Z, Model Ke Lima Jam Tangan The Electricianz Yang Garib

Cable Z, Model Ke Lima Jam Tangan The Electricianz Yang Garib

The Electricianz adalah keluarga baru dalam industri jam tangan yang diperkenalkan pada Disember 2017. Kali ini melancarkan model terbaru berkuasa tinggi. Setelah mengeluarkan empat jam tangan sebagai ansuran pertama koleksi ‘Electric Art’ , Cable Z adalah model kelima dan bahagian kedua koleksi.

cable z

 

Cable Z memaparkan paparan mekanisme dalaman yang boleh dilihat terus melalui dial. Oleh kerana koleksi ‘Electric Art’ yang semakin berkembang terus mengambil inspirasi daripada elektrik dan seni visual kontemporari, model terkini ‘diculik’ sekali lagi daripada elektrik.

Kemeriahan Warna The Electricianz Cable Z

cable z

Warna-warna signature diterjemahkan dalam koleksi ini iaitu biru pada tali dan kuning pada case nylon. Selain dial dibuat kecil di dalam bezel, warna jarum jam juga diselaraskan dengan elemen jam tangan. Meriah dan menarik, sedikit sporty namun sesuai juga dipakai saat majlis formal.

Cabel Z dikuasakan 1 bateri 1225 CR. Case 45mm dilindungi gelas kalis air hingga 30 meter. Menarik lagi lampu LED putih membantu pemakai membaca fungsi masa di waktu malam.

cable z

Harga Cable Z dijual pada harga RM1,700 seutas. Jam tangan ini boleh didapati di semua kedai Red Army Watches di 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Kuala Lumpur, Plaza Gurney dan mo.men.tum di Sunway Velocity. Untuk keteranan lanjut sila ke laman ini.

cable z

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE