SEARCH

Tonton Muzikal Ekstravaganza ‘The Smurfs Live On Stage’ di Resorts World Genting

Tonton Muzikal Ekstravaganza ‘The Smurfs Live On Stage’ di Resorts World Genting

Watak kartun popular, The Smurfs akan mempersembahan ‘The Smurfs Live On Stage – The Smurfs Save Spring’ di Resorts World Genting bermula 26 Mei hingga 24 Jun 2018. Persembahan selama 70 minit itu akan menampilkan dua pertunjukan muzikal extravaganza yang akan menampilkan nyanyian dan lakonan secara langsung dalam kostum Smurf.

Dipersembahkan buat kali pertama di Malaysia, makhluk biru yang comel itu akan dipentaskan di Genting International Showroom.

Persembahan seperti The Smurf Save Spring membantu Resorts World Genting sebagai sebahagian daripada komitmen dalam menyediakan pelbagai pilihan hiburan keluarga yang menekankan mesej positif serta memberikan ibu bapa dan anak-anak mereka peluang mengeratkan lagi hubungan dengan berkongsi nostalgia bersama-sama.” Kevin Tann, Naib Presiden Promosi dan Hiburan Resorts World Genting.

Diarahkan oleh John Rowe dan koreografi oleh Katie Kermond daripada Millennium Entertainment International. Tahun ini sambutan ulang tahun ke-60 Smurf yang dilahirkan pada 1958. Ia mengambil masa bertahun-tahun bermesyuarat, mendapat kelulusan, membuat perancangan dan mereka cipta bagi memastikan pertunjukan ini menjadi kenyataan dan ia pergorbanan yang berbaloi pada akhirnya. Pertunjukan ini membawa mesej positif mengenai persahabatan, kerja berpasukan dan memelihara alam semula jadi.

The Smurfs Live On Stage

Harga Tiket The Smurfs Live On Stage

Tiket masuk The Smurfs Live On Stage – The Smurfs Save Spring’ di Resorts World Genting berharga RM176(VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2), tidak termasuk caj proses RM4. Kanak-kanak di bawah satu tahun masuk percuma. Diskaun sebanyak 10% diberikan kepada pemegang ahli Kad Ganjaran Genting. Terdapat juga pakej bilik khas disediakan bermula daripada RM263 bersih dengan penjimatan sebanyak RM399.

Pertunjukan akan berlangsung setiap hari di Genting International Showroom bermula dari 26 Mei hingga 24 Jun. Masa pertunjukan pada pukul 8.30 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu dan 4 petang pada hari Ahad. Pertunjukan tambahan pada pukul 4 petang  turut dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Jun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2718 1118 atau layari laman ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE