SEARCH

Tidak Lengkap Aidilfitri STAIL Tanpa…

Tidak Lengkap Aidilfitri STAIL Tanpa…

Kemenangan hari ini buat kita yang berjuang, kemenangan hari ini untuk kita yang bersabar. Nikmati Aidilfitri dengan kasih sayang dan kegembiraan. Apakah yang membuatkan Aidilfitri STAIL.MY lengkap? Team ini nyatakan dalam fahaman sendiri tentang “tidak lengkap Aidilfitri STAIL tanpa… Salam Lebaran 2019!

 

“Tidak lengkap aidilfitri tanpa ketupat palas kacang, hidangan turun temurun sebelah bapa yang mesti ada setiap aidilfitri.” Azreezal Hafidz, Ketua Pengarang & Pengasas Bersama


“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa sayur kacang goreng nenek semenjak pemergiannya. Walau dimasak sendiri ia tidak sama rasanya bila nenek yang masak.  Dan semestinya Aidilfitri jugak tidak lengkap tanpa berkumpul bersama sanak saudara dan keluarga, lebih meriah!” Merrissa Emelda, Pengarah Kreatif & Pengasas Bersama

 

 

“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa rendang dan ketupat di dapur.” Ija Rahman, Pengurus Jualan

“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa ucapan setulus hati. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan batin ;).” Zana Amar, Pengurus Perhubungan Pelanggan

“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa keluarga dan sahabat handai di hari yang indah ini.” Mel Muzzamil, Eksekutif Kanan Pemasaran

“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa memakai baju baharu, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarahi rumah saudara mara.” Ashura Hakim, Pengarah Seni

“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa bersama dengan famili, and good company, bermaaf-maafan, mendandani diri cantik dan seharian lupakan diet, makan tidak mengendahkan naik berat badan. Hahaha!” Ardi Idewani, Pengarang Fesyen


“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa kemaafan, sama ada meminta atau memaafkan. Kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Jadi pohonlah kemaafan dan ampunkanlah untuk sama-sama mengecapi kebahagiaan dunia akhirat.” Ryan Mohamad, Pengarang Gaya Hidup

“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa rendang nenek saya! Haha. Walaupun rendang boleh dimasak pada bila-bila masa tidak semestinya pada hari Raya sahaja, tetapi perasaan pagi Raya apabila bertandang ke rumah nenek dan menikmati sarapan pagi rendang ayam air tangan nenek itu adalah definisi Aidilfitri paling lengkap sekali pada saya.” Amira Azman, Penulis Kecantikan

 

“Tidak lengkap Aidilfitri tanpa keluarga tercinta, yang ada atau yang sudah tiada, masih terasa jauh di sanubari dan cinta. Raya bersama keluarga adalah segala-galanya.” Zaidi Che, Penulis Budaya

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE