SEARCH

Tidur Berdengkur? Ada Rawatannya…

Tidur Berdengkur? Ada Rawatannya…

Pertama sekali anda perlu tahu dengkur bukanlah satu penyakit tetapi ia mampu meningkatkan risiko beberapa penyakit lain berkaitan pernafasan dan jantung. Dengkur terhasil daripada getaran pada lelangit, uvula, lidah dan tisu lembut dalam tekak manusia. Semakin tinggi tekanan semakin kuat getaran ini berlaku yang mengakibatkan bunyi getaran ini semakin kuat dan boleh mengganggu pasangan yang tidur sebelah anda.

Sekalipun dengkur bukanlah epidemik yang berat namun ia perlu dirawat bagi mengelakkan risiko penyakit lain. Dalam satu kajian World Health Organization (WHO), 15 peratus orang dewasa berusia 30 hingga 70 mengalami masalah ini dan peratusan tertinggi adalah pada kaum lelaki yang berusia 40 ke atas.

Beberapa cara manual boleh dicuba mereka yang mengalami permasalahan ini bagi mengurangkan masalah dengkur berterusan dan pada masa sama mendapatkan tidur yang lebih lena. Antara cara-cara yang anda boleh cuba adalah:

MENGUBAH POSISI TIDUR
Keadaan biasa permasalahan ini terjadi adalah faktor posisi tidur terlentang yang membuatkan mulut anda mudah terbuka dan mengakibatkan getaran dalam rongga tekak. Cuba untuk bermula tidur dalam posisi mengiring dan menundukkan sedikit kepala ke bawah. Dengan cara ini dapat mengurangkan tekanan dalam rongga mulut.

JAGA BERAT BADAN
Masalah dengkur banyak terjadi pada individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Kenapa hal ini terjadi? Kerana ketebalan bahagian leher akibat lemak membuatkan saluran pernafasan menjadi kurang lancar dan menambah risiko getaran yang mengakibatkan dengkuran semasa tidur.

MINUM AIR SUAM SEBELUM TIDUR
Air suam dapat melapangkan bahagian dada yang ketat terutamanya buat penghidap asma atau lelah. Dengan meneguk segelas air suam  sebelum tidur anda mampu meringankan bahagian tekak dan dada semasa berehat.

RAWATAN KLINIKAL
Rawatan Pillar Implant dan Laser Palatal Surgery antara cara klinikal bagi mengurangkan masalah berdengkur. Dalam rawatan Laser Palatal umpamanya, satu cahaya laser digunakan bagi membuang tisu lembut yang terlalu rendah yang mengakibatkan tekakan dan getaran.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE