SEARCH

Tiga Produk Baharu Dyson Yang Kuat Menyedut, Membersihkan Udara & Menerangi Ruang

Tiga Produk Baharu Dyson Yang Kuat Menyedut, Membersihkan Udara & Menerangi Ruang

Di kala musim perayaan hampir tiba, isi rumah sibuk dengan segala persiapan, baik untuk memperindahkan diri hingga ke tempat tinggal. Dyson memahami keperluan isi rumah dengan mengenalpasti apa kehendak yang sebolehnya memudahkan pengguna menjalani aktiviti harian. Memperkenalkan tiga produk baharu yang kuat menyedut, membersihkan udara dan terang menerangi ruang disematkan pula dengan teknologi termaju.

Satu acara yang melibatkan kumpulan media seAsia ke Singapura berlangsung untuk mengetahui kelebihan tiga produk terbaharu ini antaranya Dyson 11, Dyson Lightcycle dan Dyson Pure Cool Me.

Dyson Pure Cool Me

Pembersih hampagas dengan teknologi yang boleh membuatkan tahap udara yang tercemar menjadi lebih bersih dan sihat di dalam rumah. Ia dapat menangkap 99.95% partikel-partikel kecil di persekitaran. Rekaannya memang dicipta untuk menyegarkan udara dalam ruang peribadi. Bersaiz kecil sesuai untuk diletakkan di atas meja, berkepala bulat dan terdapat tiga laras pengeluaran angin yang boleh diubah.

Ruang rumah boleh tercemar sehingga lima kali ganda dengan zarah mikroskopik yang berpotensi bahaya. Untuk itu, penapis HEPA membantu menyekat menghilangkannya dari udara sekeliling kamu.” Paul Dawson, Naib Presiden Bahagian Kesihatan & Kecantikan

Dyson Pure Cool Me hadir dalam dua warna pilihan iaitu putih – perak dan gunmetal – tembaga dijual pada harga RM1,699. ‘Kipas angin pembersih’ ini mula dijual bermula 15 Mei 2019 hanya di shop.dyson.my dan Dyson Demo outlets (The Gardens Mall, Kuala Lumpur dan Gurney Plaza, Pulau Pinang).

Dyson Lightcycle

Siapa sangka Dyson mengeluarkan lampu meja dan lampu lantai dengan pencahayaan pelarasan automatik. Bagaimana ia berfungsi? Melalui kecerahan cahaya persekitaran ia menukar mengikut kesesuaian. Sempurna untuk belajar, Lightcycle direka untuk mengurangkan rasa letih pada mata dengan lebih 1,000 kecerahan lux, perlindungan silau dan kerlipan optik rendah.

Will Darvill, Pengurus Kategori Profesional & Pencahayaan memperkenalkan Dyson Lightcycle yang boleh menukar tetapan pencahayaan sendiri mengikut persekitaran bilik semasa. Dengan Teknologi Heat Pipe, ia mampu mengekalkan kualiti cahaya sehingga 60 tahun.

Menarik lagi, lampu ini boleh dilaraskan mengikut ketinggian dan darjah yang kamu mahukan. Tambahan pula, ia boleh disambungkan memalui aplikasi Dyson Link.

Dyson V11

Cukup dengan vakum jenis besar, berat dan berwayar. Dengan hanya berberapa jam mengecas, Dyson V11 mampu menyedut objek-objek tidak diingini di lantai, dinding dan tempat tinggi. Apakah kemajuan yang telah dimasukkan dalam vakum ini? Salah satunya ialah ia menukar secara automatik cara menyedut mengikut kesesuaian permukaan lantai. Ada skrin LCD yang menyatakan bagaimana produk ini sedang bekerja. Seterusnya, terdapat 40 peratus kantung sampah yang lebih besar dengan pembuangan yang pantas serta bersih.

 

Kevin Grant, Ketua Bahagian Penjagaan Lantai, menunjukkan demo membersihkan lantai dengan vakum Dyson V11 yang mempunyai tiga tetapan iaitu Auto mode, Boost mode dan Eco mode juga didatangkan sama mini motorised tool yang boleh menyedut objek-objek kecil dan halus seperti rambut di tangga dan permukaan tidak rata seperti dalam kereta. Saya sempat mencuba di ruangan demo dan ternyata ia cukup meyakinkan, saya sarankan setiap isi rumah wajib memiliki Dyson 11 demi kebersihan bersama.

Jangka hayat bateri mengikut tetapan yang kamu gunakan dan ia mampu mencapai sehinga 60 minit dengan mod Eco. Penyedut hampagas ini boleh didapati di shop.dyson.my pada harga RM3,399.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE