SEARCH

8 Aksi Menarik Di The Moscow Circus Yang Wajib Kamu Lihat

8 Aksi Menarik Di The Moscow Circus Yang Wajib Kamu Lihat

The Moscow Circus bakal menggegar Malaysia dengan aksi-aksi mendebarkan seperti tarian akrobatik, aksi melewati titian tinggi dan pelbagai lagi aksi-aksi sarkas yang menarik sepanjang kembara selama lapan (8) bulan di sepuluh (10) bandar di seluruh Malaysia.

Buat masa terdekat, sarkas tradisi yang sangat terkenal dari Rusia ini turut mengadakan kemunculan sulungnya di Padang Timur, Petaling Jaya bermula 10 Ogos sehingga 2 September 2018. Rombongan ini akan menuju ke wilayah utara pula seperti Quensbay Mall (13-30 September) dan Auto City Prai (5-21Oktober) di Pulau Pinang.

Kembara sarkas edisi khas yang turut dikenali sebagai ‘The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19’ ini buat pertama kali dalam sejarah membawakan rombongan dua syarikat sarkas termasyur iaitu ‘The Boishoi Circus’ dan ‘The Nikulin Moscow Circus’. Kedua-dua sarkas dari Rusia ini amat terkenal di arena sarkas seluruh dunia.

The Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 1
Saya kira sarkas ini sesuai untuk semua pengunjung daripada semua peringkat usia, berikut 8 aksi sarkas yang menarik di The Moscow Circus yang wajib kamu lihat dan alami sendiri:

 

1 – Master Junggler

The Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 2

The Incredible Semen Kracinov

Antara jungglers termasyhur dari Rusia, kemahiran Semen Krachinov mengimbangi bola atau apa-apa sahaja subjek bersama rentak muzik yang memukau. You’ll be caught between trying to keep up with his act and admiring his dashing good looks!

 

2 – The Bamboo Pinwheel

The Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 3

The Dubynin Duo

Perasaan seperti tergantung dengan melihat aksi persembahan suami isteri yang tergantung tinggi di ruang udara ini. Persembahan mereka boleh dianggap antara yang merbahaya di The Moscow Circus ini kerana melibatkan pelbagai props yang sukar.

 

3 – Flying TrapezeThe Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 4

The Tokmachev Troupe

Kamu akan kagum melihat pasukan ini seakan-akan terbang di awangan dengan pelbagai aksi yang mendebarkan seperti triple somersault dan banyak lagi trik-trik luar biasa yang tidak masuk dek akal.

 

4 – High Wire

The Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 5

The Svezhov Duo

Tiada sarkas yang lengkap tanpa persembahan melewati titian tipis tinggi. Dengan penuh lembut dan gemalai, The Svezhov Duo akan berjalan di titian yang setinggi 10 meter di udara, lengkap dengan beberapa trik yang pasti membuat kamu terlopong.

 

5 – Illusionists

The Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 6

The Moskalov Duo

Mykhaylo dan Lyana dari Ukraine adalah pakar ilusi. Kamu akan tertanya-tanya dan bingung seketika ketika melihat persembahan mereka yang memainkan ilusi mata kamu.

 

6 – The Russian Swing

The Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 7

The Skokov Troupe

Satu lagi aksi di udara, tetapi kali ini lebih energetik dan moden. The Skokov Troupe boleh dikatakan sebagai penghibur atasan apabila sering melakukan persembahan di Cirque du Soleil yang bertaraf dunia.

 

7 – Roller Skaters

The Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 8

The Romanov Duo

Antara pemain kasut beroda akrobatik terbaik di Rusia. The Romanov Duo bebas menari dengan memperlihatkan kemahiran mereka mengimbangi antara badan, kasut roda dan tarian dengan penuh ghairah dan mempersonakan!

 

8 – The Moscow Circus Clown

The Moscow Circus Rusia Malaysia STAIL.MY 9

Armen Asiryants

Armen adalah badut penghibur yang bertaraf superstar. Dia antara badut yang paling terkenal dan berpengaruh di Eropah masakini seperti Charlie Chaplin di era filem senyap 1900an.

THE MOSCOW CIRCUS???? TOUR OF MALAYSIA 18/19

Bagi melengkapkan pengalaman sarkas yang terbaik, keseluruhan persembahan akan diadakan di khemah sarkas gergasi khas, ‘The Big Top’ yang lengkap dengan hawa dingin dan mampu memuatkan seramai 2,7000 penonton dalam satu-satu masa.

Tiket The Moscow Circus boleh didapati dalam harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280. Layari www.themoscowcircus.net untuk maklumat lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE