SEARCH

Tokyo – “Mono No Aware” Tiada Ruang Untuk Jiwa Yang Sepi

Tokyo – “Mono No Aware” Tiada Ruang Untuk Jiwa Yang Sepi

hafizan-mohd-5 Kembali saya ke Tokyo setelah kali terakhir pada 2012. Kotanya masih lagi serupa sibuknya. Tidak ada masa yang kosong dan tidak terisi terutama di Shibuya dan Ginza. Seperti biasa kembara saya atas urusan kerja, mana ruang yang sempat untuk saya isi dengan berjalan saya gunakan kerana jika mahu kembara sendiri ke kota yang serba mewah ini rasanya tiada lagi dalam anganan kembara saya.

Musim panas di kota ini masih sejuk dalam terik mentarinya. Sesekali angin kuat menghembus, saya ingatkan petanda hujan tapi tidak kerana memang begini nature-nya di sini. Saya tidak lama di Tokyo. Sekadar empat hari atau lebih tepat tiga kerana satu hari setengah sudah diisi penuh dengan jadual kerja dan apa yang ada selebihnya saya gunakan untuk berjalan, melihat isi perut bumi matahari terbit ini.

Sebelum tiba di sini buat kali kedua saya sudah tetapkan dalam rencana mahu singgah ke Daikanyama – salah satu pekan moden di Tokyo yang menempatkan kelompok hipster dan fesyen. Di sini mengingatkan saya pada Garuso-Gil, Gangnam di Seoul. Di mana setiap lorong diisi dengan butik multi-lable dan di celah-celah dinding cantik menanti jurugambar jalanan merakam fesyenista dalam gaya beragam.

Daikanyama lebih relaks berbanding Harajuku St. yang lebih sibuk dan bising. Jalan-jalannya kecil dan ada feel Bleecker St. di NYC terutama deretan butik-butik vintaj serba mahal untuk mata yang punya cita rasa tinggi. Tetapi untuk poket yang lohong saya kira cukup sekadar untuk membasuh mata yang kering.

Saya tidak lama di sana, niat mahu singgah ke kedai buku Tsutaya Bookstore terbantut memandangkan saya harus segera kembali ke hotel. Mungkin ada hikmahnya kerana saya percaya jika saya singgah ke sana banyak juga cents and dollar yang akan dihabiskan di sana kerana perasaan memegang dan memiliki sebuah buku itu cukup menyenangkan sekali.

hafizan-mohd-2 - CopyMalam di Shibuya masih sibuk – terutama di laluan popularnya, Shibuya Crossing yang akan ada sahaja individu mahu merakam momen di tengah-tengah kesibukan jalan tersebut. Banyak juga wajah Malaysia di Tokyo ketika saya di sana. Buskers tidak henti dalam set kugiran lengkap dengan rapper yang laju menghibur dan pengunjung pun tidak kisah berdiri lama kerana sambil dihiburkan angin Tokyo laju menyapa.

Apa yang murah di sini? Tidak ada jika hanya berbekal wang yang sekadar cukup untuk makan. Dinner biasa-biasa sahaja boleh mencecah RM100 – damn crazy, solusinya saya nasihatkan bawalah bekalan mee segera banyak-banyak supaya pabila penat berjalan seharian di hotel masih berbekal mee segera tadi. Jangan jadi macam saya, tak bawa apa pun #lol

hafizan-mohd-9Ginza kota metropolitan di Tokyo, feelnya itu ibarat Manhattan. Dipenuhi semua yang mewah-mewah, bangunan yang cantik-cantik dan sepanjang jalannya juga berwajah mahal penuh bergaya. Lelaki dalam sut lengkap berbasikal, wanita dengan kasut tumit tinggi menjinjing beg mahal dan semuanya berjalan laju. Sibuk seperti kebanyakan kota-kota yang lain. Jangan terlalu mengharap untuk hentikan mereka dan bertanya arah end up anda hanya terkelu sendiri. Jika perlu belilah data internet di sana dengan harga serendah 1000 Yen untuk 2gb data. Kira-kira RM38 duit kita.

Penat berjalan, saya berhenti seketika sekadar melihat orang lalu lalang. Ya, di sini tiada ruang untuk jiwa yang sepi. Semua kesepian itu tertutup dengan semua jenis kesibukan di jalannya, kemeriahan lampu malam dan bising kenderaan lalu lalang juga hilai tawa sepanjang orang yang lalu. Hal-hal ini mengingatkan saya realiti yang ditulis Sofia Coppola dalam Lost In Translation – soul searching yang akhirnya menemukan sesuatu yang tak pasti. Atau bilang orang Jepun “Mono No Aware” (An empathy toward things).

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE