SEARCH

Tony Roma’s Malaysia Memperkenalkan Menu Baru Berasaskan Masakan Panggang Menyelerakan

Tony Roma’s Malaysia Memperkenalkan Menu Baru Berasaskan Masakan Panggang Menyelerakan

Tony Roma’s yang terkenal dengan stik, tulang rusuk dan menu-menu semasa ini menyelitkan menu panggang sebagai item utama dalam kempen terbarunya bermula 17 April hingga 28 Mei 2017. Peminat Tony Roma’s kini boleh mengisi perut dengan rasa masakan panggang yang inovatif dari kaedah memanggang dan bahan-bahan yang digunakan dalam menu makanan juga minuman.

Masakan panggang Tony Roma’s membuatkan saya kecur air liur. Hampir semua hidangan baru ini sedap. It’s real and it’s smokingly fabulous! Memanggang barbeku ditakrifkan juga sebagai slow-cooking. Bagi kamu yang mempunyai tunas rasa untuk masakan panggang, pakar masakan di Tony Roma’s bakal memenuhi selera kemaruk kamu dengan kepuasan sensasi masakan terkini Tony Roma’s.

Tony Roma's

Bermula dengan hidangan pembuka selera yang unik. Fries Avocado dengan Cilantro Lime Sauce, tomato panggang dan hirisan avocado segar dan rangup. RM14.90*

Tony Roma's

Buat pecinta ayam, jangan lepaskan Smokey Chiken Skewers yang terdiri daripada tiga pencucuk ayam dan sayur-sayuran seperti brokoli, lada besar (capsicum) dihidang sama nasi cendawan. Cakap fasal ayam, tentunya saya suka. Lagi pula dipanggang. Cuma rasa nasi cendawan sememangnya mentah namun cukup unik. RM31.90*

Tony Roma's

The Smokey Beef Ribs & Chicken Skewer Combo, gabungan dua rusuk lembu dipanggang bersama sos BBQ dan dua lidi ayam panggang disertakan bersama sayur-sayuran. Kentang lecek ditambah rasa dengan sayur-sayuran. Hey si pecinta daging, boleh menikmati gabungan sempurna ini. Saya gemar rasa sos dengan keenakan daging tulang rusuk yang empuk. Cukup untuk seorang makan. RM59.90*

Tony Roma's

Beralih pula pada item signature Tony Roma’s iaitu Lobster, Shrimp Pasta & Hickory Grilled Blue Hake Fish Platter berharga hanya RM159.90* Ia adalah udang galah segar yang dimasak sempurna dicampur dengan Skrimp Scampi Pasta yang cukup enak. Manakala Blue Hake Fish disaluti mentega BBQ. Hidangan ini sesuai untuk dikongsi bersama pasti memberi kepuasan rasa pada semua.

Tony Roma's

Lebih menarik, cuba rasa mocktails daripada Tony Roma’s Sensations berharga RM11.55* terdiri daripada Bahama Mama – campuran Pina colada dengan jus oren dan nanas, Pineapple Sunrise – campuran manis dan masam serta jus oren. Tropical Orange Freeze – gabungan Pina colada dengan jus oren.

Manakala untuk memperkayakan rasa, cuba Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl RM17.91*. JIka kamu gemarkan rasa asli mungkin Pina Colada yang dicampur dengan jus nenas menghilangkan dahaga kamu.

“Tujuan meletakkan fokus pada menu tertentu ialah untuk kami serlahkan makanan yang kami inovasikan agar lebih dikenali. Ia juga menimbulkan minat yang istimewa di kalangan pelanggan muda/milenial yang ingin mencuba rasa yang baru.” George Ang, Ketua PEgawai Eksekutif (CEO) Grand Sahabat Sdn. Bhd. Pemegang francais Tony Roma’s Malaysia.

*Harga dalam Ringgit Malaysia, termasuk 6% GST dan dikenakan 10% caj perkhidmatan.

Pilihan STAIL.MY : Smokey Chiken Skewers, Smokey Beef Ribs & Chicken Skewer Combo, Lobster, Shimp Pasta & Hickory Grilled Blue Hake Fish Platter, Pineappe Sunrise, Tropical Orange Greeze * Pina Colada.
Ruang makan dan dekorasi 5 Bintang
Secara keseluruhan kami berikan 4.5 bintang

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE