SEARCH

Transformasikan Udara Ke Paling Bersih Di Dalam Rumah Lebaran Ini

Transformasikan Udara Ke Paling Bersih Di Dalam Rumah Lebaran Ini

Aidilfitri cukup sininom dengan adat berkunjung. Biasalah jika bermacam-macam bau, kotoran juga kuman hadir disebabkan udara terbuka dan tercemar dari luar mula membiak ke dalam rumah. Saya sarankan, pasang Dyson Pure Cool baru untuk mentrasformasikan udara menjadi lebih bersih dan terjamin nyaman. Ini rebiu saya sebagai pengguna bersama Dyson Pure Cool Desktop Purifying Fan.

Selain reka bentuk yang genit dan mudah diletakkan di berbagai sudut, Dyson Pure Cool Desktop Purifying Fan turut hadir dalam dua warna pilihan iaitu putih/perak dan biru/iron. Saya gemar biru kerana ia lebih maskulin dan sesuai dengan tata rias rumah saya.

Usah bimbang jika sukar menjangkau kerana ia hadir bersama alat kawalan jauh yang terdapat butang-butang tetapan. Kipas ini mampu ‘meniup’ hingga 10 kelajuan. Kepalanya boleh berputar mengikut tetapan samada 45 darjah hingga 360 darjah.

Bagaimana mahu ketahui udara yang disemburkan bersih? Nah, melalui paparan LCD kecil ia dapat mengenalpasti kadar udara bilik yang diterima dan menghemburkan angin bersih secara pantas. Dengan teknologi Dyson algorithm, proses peralihan udara diubah mengikut tahap kualiti daripada tiga sensor yang boleh dibaca pada paparan. Jika warna merah bermakna kualiti udara bilik terlalu kotor, kuning bermaksud sederhana manakala jika bertanda indeks hijau menandakan udara ruang bersih.

transformasikan udara

Disebabkan saya menggunakan penghawa dingin di hampir setiap sudut rumah dan pejabat, angin yang disemburkan oleh Dyson Pure Cool Desktop ini sudah memadai dengan 10 kelajuan. Namun, usah menganggapnya sebagai penghawa dingin mini ataupun kipas berkelajuan tinggi kerana ia bukan berfungsi untuk mendingin bilik tapi membersihkan udara di bilik.

Harga Dyson Pure Cool Desktop Purifying Fan di pasaran Malaysia ialah RM2,399 sahaja!

Baca entry sebelum ini untuk butiran lengkap.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE