SEARCH

Tut’s Bawakan Selera Mesir Dalam Bufet Ramadan Buat Pertama Kali

Tut’s Bawakan Selera Mesir Dalam Bufet Ramadan Buat Pertama Kali

Restoran Mesir pertama di Malaysia, melancarkan hidangan bufet sempena menyambut Bulan Ramadhan tahun ini. Digelar #FirstTasteOfEgypt menjemput semua rakyat Malaysia untuk berkongsi pengalaman dengan hidangan unik bersama keluarga dan rakan-rakan. Menghidangkan lebih daripada 25 hidangan Mesir, bertujuan untuk memperkenalkan kepada warga tempatan dengan warisan kuliner Mesir yang kaya serta membawa mereka menyusuri perjalanan makanan Mesir yang eksklusif.

‘Pesta makanan’ ini akan menyediakan pilihan makanan ruji Mesir seperti Nasi Goreng Mesir dengan bawang goreng, Royal Rice, Baked Rice, Fatta, Moussaka dengan Bechamel, Bamya Mesir, Ayam Goreng Tut’s dan Daging Kofta dan banyak lagi. Sebagai hidangan pencuci mulut, dipersembakan manisan Mesir daripada barisan puding beras dengan vanila dan susu, Sobya Mousse – mousse Timur Tengah yang dihiasi dengan kismis dos atau kayu manis, dan Om Ali – puding roti Mesir dengan kacang-kacangan, kismis, kayu manis dan banyak lagi.

Sepanjang bulan Ramadan, bufet Mesir unik ini berharga RM59.90 bagi pengunjung berumur 12 tahun dan ke atas, dan RM29.90 untuk kanak-kanak berumur antara 5 tahun hingga 11 tahun, manakala kanak-kanak berumur bawah 5 tahun akan menikmati jamuan berbuka puasa secara percuma.

Untuk maklumat lanjut dan promosi semasa, sila lihat ke laman web rasmi Tut’s di sini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE