SEARCH

Koleksi Vintaj Zaman 50an Dikeluarkan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-75 Ikea!

Koleksi Vintaj Zaman 50an Dikeluarkan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-75 Ikea!

Siapa sangka jenama yang kian popular di Malaysia setelah 22 tahun bertapak di negara ini sudah berusia 75 tahun secara global? Demi meraikan kegembiraan bersama, Ikea mengajak kita sama-sama harmonikan rumah pada 2019 depan dengan rekaan vintaj dalam koleksi Glatulera. Koleksi ini mengembalikan beberapa produk disukai ramai daripada era masa yang berbeza-beza iaitu 1950-1960-an, 1970-1980-an dan 1990-2000-an sempena ulang tahun ke 75 Ikea.

Ulang Tahun Ke-75 Ikea
Gerard Jansen (tengah) memotong kek sebagai gimik ulang tahun ke 75 Ikea

Kami bangga meraikan pengembaraan yang menakjubkan ini demi menjadikan rumah tempat yang lebih baik, tetapi ia tidak mungkin terjadi tanpa pelanggan. Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan terima kasih dengan memperkenalkan semula produk kelengkapan rumah Ikea yang pernah digemari kerana bentuknya, fungsi, kualiti, kelestarian dan harga rendah.  Kami ingin menyemarakkan semula detik istimewa yang bermakna itu untuk 75 tahun akan datang.” Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Peruncitan, Ikea Asia Tenggara.

Ulang Tahun Ke-75 Ikea
Meja tepi Lövbacken dalam koleksi Glatulera

 

Kempen “Harmonikan Rumah Anda” Mengajar Pelanggan Kemas Rumah

Rumah keluarga tempatan dilihat “terlalu banyak barang” satu penyebab utama tekanan di kediaman moden. Dengan demikian, fokus pertama bagi tema ‘Harmonikan Rumah Anda’ menekankan bagaimana untuk mengubah ruang peribadi kepada sudut berehat. Buat masa ini, kempen ini sedang berlangsung di semua gedung-gedung Ikea.

Pelanggan boleh mengunjungi Ikea Damansara, Ikea Cheras atau Ikea Tebrau bagi mendapatkan inspirasi, idea dan petua daripada latar ruang baharu yang dipamerkan atau mula dengan semak lewa Katalog 2019 baharu Ikea. Katalog ini juga tersedia ada secara dalam talian di laman ini.

Ulang Tahun Ke-75 Ikea
Kerusi Malas Strandmon bersama pengalas kaki dalam koleksi Glatulera

 

Nikmati promosi (untuk ahli sahaja), pelanggan boleh mendaftar sebagai IKEA FAMILY secara percuma. Untuk mendaftar, pelanggan perlu ke kiosk IKEA FAMILY dalam gedung atau secara dalam talian di IKEA.my/FAMILY. Jangan lupa, Ikea juga tersedia jualan dalam talian untuk pelanggan yang gemar membeli-belah secara mudah dan pantas.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE