SEARCH

Rimowa Sambut 120 Tahun Bersama Virgil Abloh

Rimowa Sambut 120 Tahun Bersama Virgil Abloh

Sebagai sebahagian daripada kempen bersepadu Rimowa yang pertama, jenama itu memperkenalkan Virgil Abloh dalam kempen penuh warna ini. Ikon budaya global ini dirakamkan untuk kempen terbaharu RImowa oleh Dexter Navy.

Virgil Abloh

Virgil Abloh

Pengarah Kreatif Louis Vuitton Mean’s Wear dan juga Pengasas Off-White, Virgil Abloh menjalani penggambaran di New York di mana ia metafora sebagai ‘melting pot’ atau satu lokasi yang menjadi titik tumpu orang ramai yang mempunyai berbagai ragam dan warna. Ia melambangkan inspirasi terhadap satu pengembaraan.

Saya mendapat ilham melalui pengembaraan. Saya mendapat idea daripada perbualan dan melihat itu sebagai perkara utama. Sebagai pereka, kreativiti dan inspirasi penting untuk kehidupan dan kerjaya, tidak mungkin dilakukan tanpa satu perjalanan.”

Virgil Abloh

Virgil Abloh

Seseorang pernah memberitahu saya ketika saya masih muda. Saya lebih suka menjadi warganegara dunia daripada satu tempat yang spesifik. Saya fikir itu memberi inspirasi dan saya mengambilnya. Saya menikmati ruang di antara, dan menggemari idea bahawa kita boleh mempunyai pengalaman hebat di dunia melalui pengembaraan.” Virgil Abloh

Kempen ini bukan sahaja dalam versi lima filem yang digabungkan, malah ia turut melibatkan fotografi yang diambil oleh Brett Lloyd.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE