SEARCH

Malu Jadi Wanita Single Di Usia 30-an Semuanya Salah Tanggapan Daripada Masyarakat

Malu Jadi Wanita Single Di Usia 30-an Semuanya Salah Tanggapan Daripada Masyarakat

Gambar : creativemarket/pinterest

Ketika berjalan pulang menuju ke rumah bersama rakan wanita saya baru-baru ini, dia memberitahu mengapa dia berhenti mencari pasangan. Dia telah dating sejak beberapa bulan kemudian… si dia berubah fikiran. Teman lelakinya tidak mahu punya teman wanita lagi, dia mahu bebas lalu dia memutuskan hubungannya dalam waktu yang singkat. Dalam pada darah saya sedang menggelegak naik sepanjang mendengar cerita rakan wanita saya itu, dia mencetuskan pertanyaan saya di dalam hati. Apakah tabu masyarakat kita terhadap wanita single yang sudah berusia 30-an?

Saya malu dengan sesiapa saja di keliling saya. Saya dapat rasakan ia menghantui sepanjang hayat saya. Dari pandangan masyarakat ada saja sesuatu yang salah dengan saya kerana saya masih single di usia ini. “Kenapa dia single? Apa yang tak kena dengan dia?”

Carita rakan wanita saya. “Walaupun ia sekadar andaian orang, ia membuatkan saya malu. Dan apabila saya cuba untuk tidak menjadi single lagi, saya mendapat teks liar daripada orang yang tidak dikenali, meminta saya menghantar gambar kepadanya supaya dia boleh melancap, membuat saya bertambah malu.”

“Kemudian, jika saya berjumpa seseorang dan dia rasakan saya tidak cukup menarik untuknya, dia terus menjauhkan diri tanpa khabar berita, dan saya merasa malu kerana tidak menyangka perkara itu akan terjadi. Rasa malu menjadi perempuan single datang daripada pelbagai sudut, seakan saya sedang berlari di roda hamster dan saya tidak mahu melalui perkara bodoh ini lagi. Cukuplah!”

Tanggapan ‘menjadi single adalah teruk, ada pasangan lebih bagus’ menimbulkan simpati masyarakat terhadap seseorang yang sebenarnya berjaya berdikari dalam kehidupan mereka.

Rasa malu menjadi wanita bujang sebenarnya tidak pernah wujud. Ia hanyalah momokan masyarakat dahulu terhadap sesuatu agar keturunan mereka tidak terabai ketika di usia tua kelak.

Tiada apa yang perlu dimalukan jika kamu masih bujang. Cuba kata pada diri kamu bahawa kamu tidak malu membuat apa-apa keputusan sendiri dan meluangkan masa bersama keluarga, teman dan sesiapa sahaja tanpa dikongkong. Tidak malu untuk baring terbongkang di atas katil tanpa rasa takut membuat orang lain terjaga, tidak malu berasa bebas. Ingatkan pada diri kamu betapa bangganya kamu menjadi diri sendiri dan kehidupan yang kamu lakarkan sendiri. Malah orang lain juga sepatutnya berbangga dengan kamu kerana kamu berdiri di atas kaki sendiri.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE