SEARCH

Pilihan Warna Perhiasan 2019, Ketahui Warna Barang Kemas Dan Maksudnya

Pilihan Warna Perhiasan 2019, Ketahui Warna Barang Kemas Dan Maksudnya

Kehidupan adalah hiasan indah yang mempunyai pelbagai warna. Warna membuatkan kehidupan kita bertenaga dan menambah semangat. Warna yang berbeza mempunyai makna simbolik berlainan, dan pada masa sama, dianggap sebagai alat reka bentuk paling berguna dan berkuasa. Warna mempunyai kekuatan ajaib yang membantu mencetuskan kenangan dan emosi serta memberi inspirasi kepada kita. Begitu juga, warna memainkan peranan yang penting dalam perhiasan, kerana pilihan warna yang tepat dapat menyerlahkan, menekankan dan membawa perhatian kepada perhiasan itu. Berikut trend warna barang kemas 2019 dan maksudnya;

Biru

Melambangkang kepercayaan, ketenangan, kuasa dan keberanian sama seperti koleksi Piaget Blue Waterfall Ring ini. Bukan sahaja biru, ia turut hadir dengan emas putih 18 karat melilit cincin yang bertatahkan Kristal nilam biru dari Sri Lanka. 26 butiran batu yang dipotong cantik dan 10 butir berlian.

Hijau

Keseimbangan, cemburu, natural dan ketenangan. Itulah tanda-tanda jika kamu memakai perhiasan hijau. Seperti pelakon Katherine Langford ketika menghadiri premier Knives Out di Eropah memakai perhiasan daripada Chopard. Katherine memilih anting-anting yang memaparkan 10.69 karat zamrud yang di tengahnya ada emas putih 18 karat dari “Koleksi Haute Joaillerie” dan gelang yang memaparkan 6.17 karat berbentuk pir garnet, 11.8 karat berlian, 3.91 karat zirkon biru, 4.78 karat zamrud, 2.99 karat opal putih dan 1.02 karat nilam dalam emas putih dan titanium 18 karat daripada “Koleksi Karpet Merah”.

Hitam

Bold, mewah, elegan, kuat, misteri dan kejahatan memberi impak kepada si pemakai. Kebanyakannya lebih kepada elegan dan kemewahan. Grafik, garisan arkitektural pada koleksi Tiffany T dilingkari dengan rose gold 18 karat. Turut melilit di bawah lingkaran tadi ialah butiran kecil berlian.

Putih
Kesetiaan, baru, kecantikan, permulaan dan tidak bersalah. Lambang kepada barang kemas berwarna putih atau mutiara.
Merah Jambu

Kejayaan, tenaga, kemasyhuran, teliti, bernasib baik dan dengan merah jambu yang melambangkan cinta dan keindahan, ia membawa perasaan yang mengambil berat serta memberi nilai tinggi kepada pemakainya.

Berlian Putih

Batu permata putih datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk-bentuk murni berlian putih adalah yang paling mahal daripada semua batu. Putih melambangkan kebersihan, kesucian dan kebaikan. Apa yang membuatkan kamu berasa tenang dan boleh mewakili permulaan baru dalam hidup?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE