SEARCH

Kenali 3 YouTuber & Cerita Mereka Dalam Mencipta ‘Content’ Menarik Serta Berbeza

Kenali 3 YouTuber & Cerita Mereka Dalam Mencipta ‘Content’ Menarik Serta Berbeza

YouTube adalah pentas terbuka di mana sesiapa sahaja boleh berkongsi kisah mereka. Malah, kajian Google yang dijalankan oleh Nielsen Total Media Fusion mendapati bahawa 50% dari penonton global YouTube adalah wanita, menjadikannya amat penting untuk terus memperjuangkan YouTuber dan penonton wanita.

YouTuber

Dalam tempoh beberapa tahun, pencipta isi kandung dalam siaran YouTube wanita di seluruh dunia telah memecah pelbagai sempadan baru. Dengan menggunakan YouTube sebagai platform untuk meluahkan perspektif unik mereka. Ayuh kenali dengan tiga YouTuber hebat ini Lilly Singh (iiSuperwomanii), serta pandangan positifnya terhadap kehidupan, dan juga mari ikuti kisah fashionista Zoella yang berjaya melonjakkan namanya dari seseorang yang tidak dikenali kepada pemecah rekod jualan minggu pertama bagi seorang penulis baru.

YouTube mahu meraikan mereka yang mengubah alur zeitgeist komuniti

Hari ini, perkasaan wanita melalui YouTube menjadi tumpuan utama apabila tiga orang YouTuber wanita Malaysia berkongsi perjalanan mereka di panel Generation YouTube (#GenYTMY): Jenn Chia (SoImJenn), Leona Chin dan Linora Low. Mereka berkongsi inspirasi di sebalik perjalanan YouTube masing-masing, halangan-halangan yang dihadapi sepanjang perjalanan mereka, dan juga sumber motivasi mereka untuk terus menghasilkan kandungan yang dapat memecahkan rating dan membuktikan keupayaan sebenar mereka.

YouTuber
Jenn Chia

 

Personaliti bakat besar, Jenn percaya bahawa YouTube telah membuka pintu ke pelbagai kemungkinan dalam kerjayanya. Selain itu, platform itu membantunya mencabar orang lain supaya menjadi terbaik untuk diri mereka melalui penyampaian idea-idea yang berkaitan dan bermakna.

Saya memilih YouTube kerana ia percuma dan saya boleh berhubung dengan ramai orang di seluruh dunia. Saya sedar bahawa dengan berkongsi satu pemikiran, idea atau cerita, YouTube dapat menghubungkan saya dengan orang lain yang sama ada bersetuju atau mempunyai pandangan-pandangan berbeza yang dapat memperkayakan lagi idea saya.” Jenn Chia.

YouTuber
Leona Chin

 

Walaupun terlibat dalam sukan yang didominasi lelaki, kerjaya Leona dalam sukan permotoran tidak akan bermula tanpa YouTube dan sokongan ibunya yang tidak berkesudahan. Dengan memanfaatkan tutorial-tutorial perlumbaan yang dijumpai di YouTube, Leona dapat menempa nama sebagai seorang drifter profesional dan juga pencipta kandungan berguna dalam siarannya.

Saya belajar drift dari YouTube! Saya menonton beberapa video mengenai ‘cara-cara untuk drift‘ bagi mendapatkan pemahaman asas, dan kemudian dengan bantuan rakan-rakan saya, saya mulai menjadi lebih baik secara perlahan-lahan. Sekarang, saya tidak sabar untuk menumpukan perhatian kepada perlumbaan lain. Ibu saya adalah titik permulaan dalam kerjaya sukan permotoran. Dia sangat menyokong minat saya terhadap perlumbaan dan membenarkan saya menghadiri acara-acara sukan permotoran dan mempelajari drifting.” Leona Chin, Pelumba Profesional.

YouTuber
Lionara Low

 

Pada mulanya, ikon kecergasan Linora memilih YouTube sebagai platform untuk menjejaki matlamat kecergasan peribadinya. Dia tidak pernah menyangka permulaannya di platform ini mampu menjadi pentas untuk memberi inspirasi kepada orang lain dalam menjalani gaya hidup yang sihat.

Saya memutuskan untuk mencuba YouTube kerana ia akan mendorong saya untuk mencapai matlamat pada 2017, iaitu menyertai pertandingan bikini pertama saya. YouTube juga tempat di mana saya boleh merakamkan keseluruhan perjalanan saya, supaya saya boleh melihat kembali dan menyemak kemajuan pencapaian saya sambil berkongsi pengalaman transformasi saya untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada orang lain.” Linora Low, Ikon Kecergasan.

Generation YouTube inisiatif suku tahunan YouTube Malaysia yang memaparkan pencipta kandungan berbakat yang semakin menempa nama. Mereka dipilih berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka di YouTube. Inisiatif tersebut sebelum ini telah mengetengahkan pencipta kandungan fesyen dan kecantikan, pencipta dari Malaysia Timur, YouTuber yang mengetengahkan kandungan komedi dan juga vlogger generasi milenial.

YouTuber

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE