SEARCH

13 Beauty Looks Terbaik di Parti #10StailishRooms Pilihan Kami

13 Beauty Looks Terbaik di Parti #10StailishRooms Pilihan Kami

Bertemakan stail-ish pada malam parti #10StailishRooms yang lalu, saya dapati ramai yang hadir tampil mengikut konsep. Thank you everyone for coming! Tanpa membuang masa lagi, saya ingin senaraikan 13 Beauty Looks terbaik pilihan kami.

 

13 Beauty Looks Terbaik

1- Faa Firds

Tampil dengan solekan red on red. Antara trend kegemaran saya musim ini. Faa bijak mengenakan solekan seperti ini untuk ke acara parti. Dari asyik melihat smoky eyes rona gelap, apa kata selepas ini kamu juga cuba rona hangat merah ini?

13 Beauty Looks Terbaik

2- Sarah Intan

Tidak pernah gagal untuk tampil cantik di mana-mana acara. Sarah sering memberikan yang terbaik, dan seperti juga di parti kami, Sarah antara yang tercantik sekali pada malam itu. Mengenakan solekan smoky eyes rona gelap untuk efek yang lebih edgy dipadankan pula dengan gincu rona seakan nude gelap.

13 Beauty Looks Terbaik

3- Whulandary

Whulan tampil dengan solekan yang begitu minimal namun memiliki impak yang tinggi. Memilih rona koral untuk bahagian mata dan dilengkapi dengan solekan eyeliner sudah cukup untuk mereka yang mahukan solekan yang tidak terlalu over namun masih tampak fun. Rona koral adalah antara rona yang membuatkan solekan nampak lebih natural.

13 Beauty Looks Terbaik

4- Ashley Lau

Ashley tampil dengan gaya effortless nya namun apa yang menarik perhatian saya sudah tentu rona rambut shocking pink nya itu. Rona rambutnya itu sahaja sudah membangkitkan mood fun untuk parti ini. Dipadankan pula dengan solekan minimal agar tidak nampak terlalu over.

13 Beauty Looks Terbaik

5- Lily

Setiap kali memandang wajahnya, saya seakan terpesona dengan kecantikannya. Lily yang memiliki kulit sawo matang mulus memilih solekan minimal dan hanya mahu memfokuskan pada bahagian mata. Memilih solekan yang berat mengenakan pembayang mata rona gelap menghiasi seluruh kelopak mata sahaja sudah cukup membuatkan penampilannya memukau.

13 Beauty Looks Terbaik

6- Vanizha Vasanthanathan

Love her whole look! Antara yang memikat pandangan saya dan mata-mata di dalam bar tersebut. Vanizha memilih tema stailish klasik untuk solekannya. Mengenakan aksesori tradisional kaum India kemudian mengenakan solekan rona plum sebagai tema solekannya. Dia nampak sangat cantik pada malam itu. 13 Beauty Looks Terbaik

7- Neelofa

Yang menjadi bualan di media sosial pada malam itu, Neelofa. Namun, pada saya dialah bintang pada malam itu. Sempurna bukan sahaja daripada segi pemilihan pakaian, namun dia nampak sungguh anggun sekali dengan solekannya pada malam itu. Kena dengan tema parti ini, jurusolek Bosco memilih rona biru gelap sebagai rona solekan mata Neelofa. Kontur wajah yang sempurna, di padan dengan gincu bibir nude memenuhi bibir Neelofa yang mungil sudah cukup untuk memberi inspirasi solekan untuk saya ke acara parti akan datang pula!

13 Beauty Looks Terbaik

8- Darshidayu, Att Yusof dan Noriana

Ketiga-tiga mereka tampil dengan solekan stailish yang tersendiri. Saya tertarik dengan solekan mata Darshidayu di mana dia mengenakan solekan eyeliner halus sehingga ke bahagian inner corner mata. Cantik! Manakala Att Yusof pula tampil menyerlah dengan solekan bibir merah mungil. Manakala seluruh wajahnya pula dibiar minimal. Dan buat Noriana pula yang mengenakan solekan mata glitters sudah cukup membuatkan solekan tampak wow. Mereka meluah definisi solekan parti dengan sempurna!

13 Beauty Looks Terbaik

9- Annees Sofea

She knows how to rock simple look! Walaupun solekannya tidaklah terlalu mengikut tema parti (lebih kepada solekan makan malam) namun, ini adalah antara solekan yang boleh kami pertimbangkan jika kamu tidak mahu nampak terlalu over ke parti. Ibarat tidak menyarung apa-apa pada kulit wajah dan solekan mata pula sekadar melayang rona natural. Namun yang paling penting, solekan mata maskara jangan sekali dilupakan. Ia mampu memberikan kelainan.

13 Beauty Looks Terbaik

10- Khainina Khalil

Siapa kata wanita berhijab tidak boleh bereksperimen dengan rona-rona gelap. Lihat sahaja si stailish Khainina. Dia nampak sungguh cantik pada malam itu. Mengenakan solekan dark sebagai tema malam itu. Stunning. Apa lagi boleh saya katakan untuk si cantik Khainina ini.

 

BONUS! 

13 Beauty Looks Terbaik

Manakala saya pula pada malam itu, memilih solekan signatur eyeliner saya yang bold untuk ke parti ini. Manakala keseluruhan wajah saya dibiar polos. Bibir juga saya pilih rona nude bertekstur krim melengkapkan lagi look parti saya pada malam itu. Muks, jurusolek yang menata wajah saya cukup bijak membuatkan wajah kelihatan flawless dan berseri.

13 Beauty Looks TerbaikManakala Pengarah Kreatif kami, Ashura Hakim, yang turut disolek Muks, memilih untuk mengenakan solekan yang lebih fun sepadan dengan busana yang disarungnya. Muks memilih melayangkan rona mata biru elektrik di seluruh bahagian kelopak mata. Antara rona yang hangat dalam dunia solekan lebih lagi untuk solekan yang berkonsepkan begini. Ashura juga bijak menumpukan keseluruhan solekannya itu pada bahagian mata dengan membuat gaya rambut high bun!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE