SEARCH

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Tinggal beberapa hari sahaja lagi hendak menjelangnya Hari Raya hari yang mulia. Bagaimana dengan persiapan raya kamu? Pastinya saat ini kamu masih lagi sibuk memikirkan apa lagi benda yang tidak cukup. Baju raya, kuih raya, kasut raya  semuanya sudah siap. Bagaimana pula dengan solekan yang kamu ingin sarungkan di pagi raya nanti? Sudahkah kamu fikirkannya? Jika belum, mari saya bantu. Saya senaraikan 10 produk mesti ada untuk kamu tampil cantik di pagi raya nanti.

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation SPF15 RM174

Untuk kamu yang mahukan solekan kekal sepanjang hari, sarungkan bedak asas daripada Lancome ini. Ia memiliki liputan sederhana ke penuh serta memberikan hasil solekan yang lebih natural kerana teksturnya yang begitu ringan. Selain itu, ia juga memiliki manfaat pelindung sinar SPF15 serta memiliki kemasan pusam tahan sehingga 24 jam lamanya pada kulit wajah. Diformulasikan dengan teknologi Colour-true NAI Pigments, kamu tidak perlu bersusah-payah touch up solekan kamu apabila menjelang petang raya. Ia juga bebas minyak! Sesuai untuk semua jenis kulit.

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Benefit Cosmetics Soft & Natural Brows Kit RM169

Kit yang sesuai untuk kamu yang beginner kerana kit ini begitu mudah untuk kamu gunakan dan mendapatkan solekan kening idaman di pagi raya. Semudah, shape, fill and set! Di dalam kit ini mengandungi saiz sebenar Goof Proof Brow Pencil, Mini 24-HR Brow Setter, saiz sebenar High Brow Highlight & Lift Pencil, pembentuk stensil, pemegang stensil serta panduan Signature Tips & Tricks. Dengan adanya kesemua ini, ia akan memudahkan lagi kerja kamu. Kamu bakal mencipta kening secantik pakar dengan mudah dalam masa yang singkat sahaja!

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Zoeva Opulence Blush Palette RM79

Palet mesti ada untuk solekan pipi kamu. Hadir dengan dua rona pembayang pipi dan satu rona untuk highlighter ini sesuai untuk kamu sarungkan di pagi raya. Palet dan rona-rona ini diinspirasikan daripada bunga-bungaan, mampu membuatkan solekan wajah tampil lebih segar menerusi pilihan rona-rona ini. Teksturnya juga ringan dan mudah diadun pada kulit wajah. Hasilnya, solekan wajah kamu akan mendapat efek glow dengan lebih natural.

10 Produk Mesti Ada Untuk Kamu Tampil Cantik Pagi Raya

By Terry Sun Designer Palette RM285

Buat kamu yang mahu kelihatan ala-ala solekan sun kissed, sarungkan palet ini pada wajah kamu. Tidak semestinya hanya sesuai untuk mereka yang berkulit tan, kulit yang cerah juga boleh mencipta solekan sebegini, Solekan ini secara tidak langsung mampu menyemarakkan seri solekan wajah yang lebih seksi di pagi raya. Mengandungi 6 rona lembut yang hadir dalam kemasan pusam serta satin untuk solekan kontur serta highlight pada wajah.

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

IT Cosmetics Bye Bye Breakout Full Treatment Concealer RM130

Penyamar noda juga antara yang terpenting perlu kamu ada untuk hasil solekan yang lebih sempurna. Penyamar noda ini punya manfaat penjagaan di dalamnya serta dicipta bersama pakar surgeri plastik ini sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak serta berjerawat. Liputannya yang menyeluruh mampu menyamar cacat cela pada wajah dengan sempurna seperti jewarat, kulit wajah kemerahan serta tona kulit yang tidak sekata. Penyamar noda ini turut dicipta dengan manfaat losen pelembap untuk kulit wajah.

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Marc Jacobs Beauty Enamored Hi-Shine Nail Lacquer Limited Edition RM93

Rasanya tidak lengkap look keseluruhan raya tanpa tatarias kuku. Sama ada kamu memilih hanya untuk mengenakan french manicure ataupun kuku ekstravaganza, yang penting penjagaan kuku juga jangan sekali diabaikan. Kamu juga boleh sarungkan rona yang terang seperti pewarna kuku Marc Jacobs ini. Pewarna kuku edisi terhad ini kamu boleh lihat di pentas Marc Jacobs Spring 2018 yang lalu, antara rona yang in musim ini.

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Make Up Forever Lash Show False Lashes Natural RM84

Jika kamu mahu kelihatan lebih ekstra, sarungkan bulu mata palsu ini. Namun pilih yang punya efek natural, agar tidak kelihatan terlalu dramatik di pagi raya nanti. Pilihan kami adalah daripada Make Up Forever ini. Bulu mata ini mampu menambah panjang serta memberikan volume pada bulu mata kamu. Dicipta menggunakan fiber sintetik, bulu mata ini juga cukup nipis maka ia mampu memberikan keselesaan pada si pemakai.

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Sephora Collection Outrageous Volume Dramatic Volume Mascara-Waterproof RM67

Solekan mata tidak lengkap tanpa olesan maskara. Buat kamu yang mahukan bulu mata penuh dan tebal, maskara ini adalah yang terbaik. Ia mampu meliputi setiap helaian bulu mata kamu dengan hanya satu layangan sahaja. Formulanya yang cukup kaya mampu membuatkan bulu mata kamu kekal cantik dan lembut sepanjang hari. Dan yang paling penting, maskara ini kalis air, jadi boleh lah kamu memaikanya sepanjang hari.

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Guerlain Rouge G Lipstick Refill RM138 & Rouge G Customizable Case RM61

Jika kamu mahukan gincu bibir yang cantik, serta memiliki kelalang cermin, Guerlain ada jawapannya. Bukan itu sahaja, kamu juga boleh memilih rona gincu apa yang kamu suka dan padankan dengan rekaan kelalang pilihan kamu. Yang penting, tekstur gincunya yang ringan serta berkemasan krim ini mampu membuatkan solekan bibir kamu nampak lebih mungil. Kandungan seperti jojoba serta mango butter mampu membuatkan bibir kekal lembab dan keselesaan yang lama pada bibir. Hadir dalam 14 kelalang pelbagai corak serta lebih dari 10 rona menarik boleh kamu pilih.

 

10 Produk Mesti Ada Untuk Solekan Pagi Raya

Duck Cosmetics Cookie Collection Eyeshadow Palette RM127

Akhir sekali, solekan kamu tidak akan lengkap tanpa pembayang mata. Pilih rona-rona tanah untuk mendapatkan hasil solekan yang lebih klasik di pagi raya. Tidak salah untuk mengenakan solekan kemilau di pagi raya menggunakan palet cantik ini. Ronanya cukup mudah untuk diadun pada mata kamu. Ia juga mengandungi Vitamin E untuk memberikan manfaat pelembap pada kulit wajah berserta manfaat anti-oksida.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE