SEARCH

10 Selebriti Sepanjang Zaman Yang Popular Kerana Rambut Mereka

10 Selebriti Sepanjang Zaman Yang Popular Kerana Rambut Mereka

Kamu mungkin tidak tahu filem apa yang dilakonkan selebriti ini atau siapakah dia sebenarnya. Namun, kamu kenal mereka mungkin kerana sesuatu pada dirinya. Seperti legenda Michael Jackson. Mungkin ada yang tidak hafal bait lagunya, mungkin hanya sekadar tahu rentak tari ikoniknya. Seperti barisan wanita dan selebriti yang bakal saya senaraikan ini. Mungkin kamu tidak kenal namanya, namun kamu ingat wajahnya kerana mereka ini popular dengan gaya rambut tersendiri. Ikonik! Mari kita lihat senarai 10 selebriti sepanjang zaman yang popular kerana rambut mereka ini.

Grace Jones

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Box cut afro amat popular digayakan wanita ini ketika dia membintangi filem A View To A Kill pada 1985 ini. Bahkan, trend potongan box cut ini masih hangat sehingga ke hari ini. Dan yang menariknya lagi, oleh kerana potongan rambut yang padan dengan kontur wajah unik serta tajam milik wanita ini terus dia disimbolkan sebagai fashion ‘it’ girl pada era itu.

Jennifer Aniston

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Dia begitu dikenali kerana watak Rachel dalam siri popular Friends dengan gaya rambut stail 90-an nya ketika itu. Dalam musim pertama dan kedua, Aniston miliki potongan rambut yang unik membuatkan rambut wanita pada era itu berlari ke salon semata-mata ingin mendapatkan gaya rambut ‘Rachel Green’.

Farrah Fawcett

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Millenial mungkin tidak pernah menonton apa-apa filem lakonan wanita ini, namun apabila sebut sahaja namanya, pasti satu yang terlintas di kepala. Gaya rambut penuh volume, kemudian distail kepuk dan rambut dipotong teknik berlapis (layers) adalah gambaran yang jelas malah sebagai signatur kepada Fawcett. Dan wanita ini adalah definisi ikon cantik pada era 70-an ketika itu.

Twiggy

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Ikon fesyen era 60-an paling popular. Satu kerana stailnya. Dua, kerana solekan signatur matanya dan yang ketiga pada gaya rambutnya. Gaya rambut glossy, potongan pixie kemudian disisir belah tepi pada kami kelihatan cukup chic dan high fashion.

Amy Winehouse

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Jika sebut nama Amy Winehouse, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran kamu? Jika saya, gaya rambut beehive nya itu. Dia adalah wanita yang telah mengembalikan stail rambut ini yang pada asalnya cukup popular ketika di era 60an. Wanita moden ini mengembalikan gaya rambut ini namun digayakan dengan sedikit kelainan, di biar bersepah tidak kemas, lebih dramatik dan lebih edgy.

Halle Berry

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Ingat lagi sewaktu sewaktu pulang dari sekolah, saya berlari menuju ke emak di dapur, menanya dia jika boleh saya memotong rambut ala Halle Berry. Gaya rambut pixie cut era 90-an. Walaupun kini dia sudah berambut panjang, namun ramai yang berkongsi gaya rambut super pendeknya itu adalah antara gaya terbaik daripada wanita ini.

Anna Wintour

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Sentiasa tampil berkaca mata hitam setiap kali berdepan khalayak ramai. Dengan gaya rambut signatur yang tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Bangs pendek dipadan bersama potongan rambut blunt bob. Cuba bayangkan jika Wintour berambut panjang… mesti susah untuk cam wanita ini, bukan?

Marilyn Monroe

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Wanita seksi ini adalah definisi blondie sebenar. Stail rambut blonde kerinting pendek inilah yang membantu dia menguasai seluruh Hollywood. Jangan main-main, gaya rambut ini malah mampu memikat jejaka-jejaka di era itu. Cukup ikonik!

Tina Turner

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Edgy, liar, rock n roll, itulah gambaran saya pada gaya rambut Tina Turner pada era 80-an. Gaya rambut yang cukup ber volume dan unik ini pada saya tidak semua orang mampu menggayakannya. Hanya yang betul-betul punya keyakinan tinggi dalam diri sahaja yang berani menggayakan rambut sebegini.

Julia Roberts

10 Selebriti Sepanjang Zaman

Wajah manis Julia Roberts ini mampu memikat sesiapa sahaja yang memandangnya. Tidak hairanlah jika waktu itu dia menjadi antara bintang terbesar di era lewat 80-an zaman itu. Dengan gaya rambut kembang kerinting dipadu dengan personaliti yang murah dengan senyuman inilah antara penyumbang kepada kemakmuran kariernya pada ketika itu.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE